Hendak balik kampung tidak boleh, hendak berjalan jauh pun tidak boleh dan hendak outdoor tempat yang crowded pun tidak boleh. Habis itu apa yang boleh? Boleh sebenarnya, cumanya atas saranan pakar kalau boleh dielakkan. Semuanya deminya. Demi kesihatannya. Demi mengelakkan jangkitan kepadanya. Pernahlah adik Izz beraya di kampung. Itupun sekali sahaja di rumah nenek Izz di Pahang. Usianya ketika itu 4 bulan lebih. Masih lagi sihat waktu itu. Apakan daya, Tuhan berinya ujian dan sejak itu 2 kali Aidilfitri adik Izz tidak berpeluang pulang ke kampung lagi. Tahun pertama memang sedih bila aku dan mama Izz tidak dapat pulang beraya di kampung. Namun bila difikirkan tentang adik Izz, itulah pengorbanan yang perlu kami lakukan. Akan datang manalah tahu kami sudah boleh pulang beraya. Bagaimana pengisian Aidilfitri pada adik Izz?
Seperti biasa, pagi Aidilfitri mama Izz perlu tunggu sehingga Nutrisi Parenteral (TPN) yang diberi itu habis dahulu. Then perlu 'dressing', cuci-cuci mana yang perlu, 'flushing' tiub Central Venous Line (CVL) dengan Heparine Saline dan Normal Saline serta cuci dengan Povidone Iodine. Selesai 'dressing', adik Izz mandi dan mama Izz akan siapkannya dengan sepasang persalinan baju melayu pink (pilihan mama Izz) lengkap dengan sampin. Sebelum Aidilfitri lagi, mama Izz sudah pakaikannya dengan baju melayu berkenaan. Adik Izz memang menyukainya hinggakan hendak dibuka tukarkan dengan pakaian lain pun dia tidak mahu.
Sedang tunggu mesin Infusion Pump keluarkan bunyi 'beep-beep' tanda TPN complete! |
Selesai siapkannya, mama Izz akan berikannya susu 'Mamex Gold Pepti' melalui syringe (adik Izz hanya minum melalui botol hanya air masak sahaja). Suapkannya dengan bubur nasi (blended) diselang-selikan dengan nestum. Balik sahaja aku dari Solat Sunat Aidilfitri, baik along Izz ataupun angah Izz mahupun adik Izz, semuanya sudah siap. Yang belum siap tentunya mama Izz. Ermmm, biasalah kaum ibu ini. Dan kami bergambar dahulu sebelum makan.
Cukup suka dia berbaju melayu bersampin bersongkok. |
Petangnya aku cuba beranikan diri untuk bawa adik Izz outdoor. Aku fikir sebab ramai yang pulang cuti perayaan, tentunya tidak ramai orang. Aku pilih untuk bawa anak-anak ke Dataran Masjid Putra dan memang betul, orang tidak ramai. Alhamdulillah. Kalau ramai, memang adik Izz akan duduk dalam kereta sajalah. Memang tak berani aku nak biarkannya di luar.
Gamble aku bawa dia outdoor. Alhamdulillah tidak crowded dengan menusia. |
Ketara betapa gembiranya adik Izz pabila berada diluar. Jika sebelum ini masanya hanya di rumah, dalam kereta dan di wad, kali ini luas sedikit pemandangannya. Aku biarkan beberapa ketika untuknya nikmati keindahan dan kegembiraan bermain-main bersama-sama along Izz dan angah Izz. Berjalan-jalan dan berlari-lari sesama mereka. Aku yang melihatnya turut terkesan dengan kegembiraan mereka.
Alhamdulillah, anak-anak yang lain mampu menjaga adik Izz. Bahagia melihat mereka. |
Cukuplah 15 minit adik Izz outdoor dengan abang-abangnya, mama Izz ambilnya dan bawa pulang ke rumah. Risau tetap ada sebenarnya, cuma berdoa harap-harap tiada berlaku apa-apa padanya. Mama Izz dan adik Izz pulang ke rumah, dan aku sambung bawa along Izz dan angah Izz ke taman berhampiran Empangan Putrajaya. Aku pun bukan boleh lama-lama diluar, sebabnya dalam jam 7.00PM aku perlu bantu bantu mama Izz untuk 'dressing' Nutrisi Parenteral (TPN) pula. Adik Izz tidak boleh tidak, masih perlukan Nutrisi Parenteral (TPN). Malamnya lambat adik Izz tidur. Mungkin terlalu gembira agaknya. Mujur dia tidak minta dibawa berjalan-jalan lagi.
Esoknya.......... (bersambung)
comelnya adik izz di hari raya...
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!