Perkembangan terkini adik Izz walaupun perlahan namun menunjukkan perkembangan yang positif | Rasa seperti sudah agak lama tidak update keadaan adik Izz. Bukan tidak mahu update, tetapi keadaan adik Izz melalu apa yang aku lihat adalah sama. Sama maksudnya pada aku ialah adik Izz tetap menjalani rutin terima Nutrisi Parenteral (TPN) 12 jam sehari setiap hari, tetap menerima susu melalui tiub suapan Gastrostomy (Gtube) sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari, tetap dengan rutin mingguan ujian darah dan ambil timbangan berat badannya, tetap dengan 'dressing' CVL setiap hari serta 'dressing' Gastro setiap hari.
Jumaat baru-baru ini, aku dan mama Izz bawa adik Izz untuk pemeriksaan dengan pakar. Alhamdulillah berat badannya sudah meningkat 300 GRAM kepada 9.90 KG. Selama beberapa minggu adik Izz jalani pemeriksaan, berat badannya tidak berubah langsung. Naik pun tidak, turun pun tidak. Kadang-kadang risau dibuatnya dan buatkan kami tertanya-tanya 'Adakah Nutrisi Parenteral (TPN) tidak diserap?'.
Pada pemeriksaan dengan pakar kali ini, adalah juga mama Izz tanyakan kepada pakar 'Sehingga bila adik Izz perlu Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari ini?'. Pakar cuma kata sehingga ke tahap yang adik Izz benar-benar sudah boleh makan dan minum dengan banyak ataupun sehingga ke tahap berat yang diperlukan. Tidak pasti berapa lama adik Izz akan sampai ke tahap berkenaan. Makan memanglah sedikit sahaja, itupun puas dipaksa kadang-kadang. Minum pula air kosong memanglah banyak, tetapi susu jika diberi secara oral memang payah nak telan. Entahlah.

Apa yang positif lagi, kandungan susu yang diberi melalui tiub suapan Gastrostomy (Gtube) telahpun pakar kurangkan kepada 45 ML yang mana sebelum ini sebanyak 60 ML diberi menggunakan mesin Syringe Pump selama 3 JAM. Jika 45 ML, kuranglah sedikit jangkamasa guna mesin itu. Syukur ini petanda baik. Kurangkan guna mesin dan lebihkan beri secara natural.
Minggu ini minggu cuti perayaan, nampaknya adik Izz akan skip 1 minggu pemeriksaan lah nampaknya. Harap agar cuti perayaan ini, adik Izz tetap sihat supaya dapat beraya bersama aku, mama Izz, along Izz dan angah Izz walaupun kami terpaksa akan beraya di Putrajaya. Huhuhu.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!