Ucapan unik Hari Raya Aidilfitri | Aku terima pelbagai ucapan Aidilfitri samada melalui whatsapp, sms, messenger. Banyak yang darinya agak unik pada aku. Mungkin sesetengah tidak memahami kata-kata itu, namun aku yang bekerja di bahagian teknikal, agak memahami apa maksud ucapan berkenaan. Mari aku kongsikan beberapa ucapan unik Aidilfitri yang aku dapat dari rakan-rakan Whatsapp aku. Kadang-kadang tak terfikir juga aku betapa kreatifnya siapa yang membina ayat berkenaan. Salute to them!
"Jika salahku setebal 'Contract Document' sekalipun, maafkanlah. Hidup mungkin tidak 100% mengikut 'Conditions of Contract' yang digariskan Tuhan, maka ampunkanlah. Tiada 'Preambles' yang mampu men'describe'kan kekesalan dan saya menyusun 10 'pembaris skala' mengukur kemaafan dari 'Preliminaries' hingga 'Provisional Sum'. Moga 'final account' kita tidak lagi berbaki dosa setelah 'issuance of Final Cert' olehNya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin".

"Bersempena Syawal yang akan tiba, saya memohon maaf dari 'foundation' sampai ke 'roof trusses', supaya 'structure' yang kita bina tak runtuh akibat ketidaktepatan 'structure analysis' bila ada perselisihan faham antara kita. Semoga syawal kali ini mengeratkan lagi hubungan antara kita seperti 'bonding' antara 'reinforced' dan 'concrete' yg saling mengukuhkan antara satu sama lain..juga spt 'slab', 'beam' dan 'column' yang saling memerlukan antara satu sama lain....
Selamat Hari Raya Aidilfitri".
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin from 'journal' to 'Statement of Cash Flow' for any 'accounting errors'. Diharap segala yang lepas tu biarlah kekal sebagai 'Historical Cost'. Jika ada kesilapan ter'debit' dosa, harap dapat di'credit'kan. Moga2 sempena hari raya ini kita dapat 'debit'kan kasih sayang. Diharap dalam 'Statement of Financial Position' amalan kita, tiada lagi dosa dalam 'Liabilities' kita. Rekodkan kebaikan 'Unrealized Profit'. Semoga useful life ukhuwah antara kita stays indefinite. So our trial balance will be balanced forever".
Unik, kan?
Unik, kan?
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!