Kita sudah hampir ke penghujung Syawal untuk tahun ini. Sambutan
Aidilfitri masih lagi meriah dengan 'open house', 'open office'
dimana-mana. 'Office' aku juga tidak terlepas untuk mengadakan sambutan
Aidilfitri. Sejak dari aku bekerja lagi (tak silap aku sudah 10 tahun),
memang sudah menjadi tradisi di pejabat aku ini untuk mengadakan jamuan Hari Raya
Aidilfitri. Disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan sekerja,
sambutan seperti ini dapat memeriahkan suasana pejabat dengan kehadiran
jemputan dari unit-unit lain.
Masih mengekalkan tema 'PotLuck', dimana
masing-masing akan membawa 1 menu sekurang-kurangnya, apabila
digabungkan memang berderet meja diperlukan. Banyak menu, memang banyak.
Barulah meriah raya, kan? Setiap tahun pastinya akan ada menu baru yang
menarik dan sedikit menonjol dari yang lain. Dan tahun ini menu Bamia
Lelijah menjadi tumpuan. Kata 'chef' nya, ia sejenis masakan Arab
gabungan daging kambing dan bendi disertakan dengan roti untuk mencicah,
pehhhh tak cukup. Awal habisnya. Sedap, memang sedap.
Lain-lain menu yang ada pula antaranya adalah Lontong Lelome, Laksa Zuetie, Pulut Kuning Darlina, Rendang Lelimi, Rendang ayam Lalizik, Sambal Lanun TMJ, Triffle Imam Muda, Puding Roti Narmina, dan banyaaaakkkk lagi. 'Surrender' awal aku kerana kekenyangan. Uniknya, menu dinamakan bersempena nama 'chef' sekali. Hahaha, buat orang tertanya-tanya ini masakan siapa?
Macam-macam manisan ada. Tapi ini 'dummy' je. Heheh! |
Lain-lain menu yang ada pula antaranya adalah Lontong Lelome, Laksa Zuetie, Pulut Kuning Darlina, Rendang Lelimi, Rendang ayam Lalizik, Sambal Lanun TMJ, Triffle Imam Muda, Puding Roti Narmina, dan banyaaaakkkk lagi. 'Surrender' awal aku kerana kekenyangan. Uniknya, menu dinamakan bersempena nama 'chef' sekali. Hahaha, buat orang tertanya-tanya ini masakan siapa?
Apapun,
meriah sambutan Aidilfitri yang diadakan. Semuanya berjalan lancar.
Masing-masing bergotong-royong saling membantu. Yang penting, semua
dapat makan. Semoga hubungan sesama kita ini kekal erat selamanya. Malas nak 'share' gambar makanan, nanti ada yang mengidam. Hahah!
slamat hari arya
ردحذفGiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
Nak Sketch Pic free?
Jom test luck korang kot kot terpilih
dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!