LUANG MASA YANG ADA SEBAIKNYA

Sememangnya dia akan menggunakan masa yang ada itu sebaik-baiknya. Rutin adik Izz biasanya akan bermula seawal jam 6.30am bilamana penerimaan Nutrisi Parenteral (TPN) melalui tiub Central Venous Line (CVL) telah tamat. Kebiasannya 'dressing' waktu ini akan diuruskan oleh mama Izz dan opah Izz sebelum pergi kerja. Sepanjang masa adik Izz akan bermain, menjelajah, meneroka ke segenap pelusuk rumah. Tidak boleh duduk diam langsung. Hendak diamkannya adalah dengan pasang tv cerita Upin Ipin, Boboiboy ataupun Pada Zaman Dahulu

Opah Izz biasanya akan beri adik Izz makan nestum dan bubur nasi kisar disulam dengan sup sayur. Selesai bersarapan, barulah adik Izz akan dimandikan dan dia seperti biasa akan terus bermain atau menonton tv semula. Waktu siang (Free TPN) sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali adik Izz akan berhenti untuk berehat mahupun tidur. Ini kerana susu khas (Mamex Gold Pepti) perlu diberi melalui tiub suapan gastrostomy nya. 

Home Nutrisi Parenteral (HPN)
Tab dan tv turut menemaninya bila sudah terikat di katilnya. Mujur ada.

Kenapa perlu beri susu via Gastro? Ini bagi mengelakkannya daripada alami Hypoglicemia (low blod sugar). Bila sudah on susu guna Syringe Pump, dia akan terikat lebih kurang 3 jam di katilnya. Biasanya masa ini digunakan adik Izz untuk tidur (aku katakan sebagai caj 'bateri'). Tamat sahaja mesin susu, diteruskan semula rutin bermainnya sementara menanti aku, mama Izz, along Izz dan angah Izz pulang. 

Petangnya 6.30pm adik Izz akan masuk semula ke dalam biliknya untuk teruskan pula dengan Nutrisi parenteral (TPN). Bila selesai semua urusan 'dressing' tiub CVL dan TPN, terikatlah semula adik Izz selama 12 jam. Begitulah hari-hari yang dilalui adik Izz. Aku lihat dia gembira dengan masa yang dia telah luangkan. Asalkan adik Izz sihat.

'Free' sedikit jam tapi 'Non Free' banyak jam. Purata 5-7 jam adik Izz akan free TPN dan free Gastro.


1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post