MASALAH PADA GASTROSTOMY

Masalah pada Gastrostomy. Beberapa hari ini keadaan adik Izz agak turun naik. Suhu badan kejap tinggi kejap normal. Aku cuma pantau keadaannya dari masa ke semasa. Bila dilakukan 'dressing' pada tiub Central Venous Line (CVL) nya, tiada tanda-tanda infection. Jadinya, 'rumusan' aku mesti disebabkan oleh Gastro. Memang Gastro adik Izz agak longgar dengan kadang-kadang ianya berair. Mama Izz sudah bertanya kepada doktor, katanya itu normal. Oklah, tak apalah. 

Dan semalam, air keluar lebih banyak dari perutnya melalui sisi 'button' Gastro nya. Sudah kena kerap tukar 'Gauze' pula kerana sering basah disitu. Terus telefon doktor untuk dapatkan kepastian. Memandangkan adik Izz waktu itu sedang ON Nutrisi Parenteral (TPN), jadinya adik Izz disuruh bawa ke wad pada pagi ini. Menurut opah Izz yang menjaganya semalaman, adik Izz tidur tidak lena, kerap terjaga. Nampak dia sedang menahan kesakitan. 

Masalah pada Gastro
Hanya mampu menahan kesakitan.

Pagi ini selesai OFF Nutrisi Parenteral (TPN), aku terus bawanya ke wad. Belum tahu lagi apa keputusan rawatan berkaitan Gastrostomy adik Izz. Barang-barang seandainya adik Izz 'admit ward' sudahpun disiapkan mama Izz malam tadi. Seandainyalah adik Izz ditahan wad. Aku harap, janganlah adik Izz 'admit' dan hope masalah pada Gastrostomy nya bukan serius. Takut pula rasa. Infection kah? Nak kena tukar Gastro baru kah? Aduhai. Macam-macam dalam kepala ini. 

Gastrostomy Treatments
Dalam perjalanan ke hospital

Sekarang, aku cuma tunggu 'update' daripada mama Izz berkenaan adik Izz. Semoga semuanya OK. In Shaa Allah.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post