MENGINTAI ANAK SENDIRI

Mengintai anak sendiri. Tak pasal-pasal aku jadi 'mata-mata' semata-mata ingin intai apa yang anak teruna along Izz lakukan bila sampai awal ke sekolah. Minggu ini dia mintak RM10 duit belanja sekolah. Aku tidak beri, tapi aku 'up' sikitlah duit belanja hariannya kepada RM4. Semalam dia bawa balik baki RM0.90 yang mana dia tidak pernah lagi bawa balik baki duit belanja sekolah. Pelik. 

Pagi ini aku dan angah Izz jadi 'mata-mata' ingin lihat apa yang dia beli. Dari jauh aku lihat dia akan pandang sekeliling dahulu memastikan aku dan angah Izz sudah tiada. 'Then' dia akan ke kantin, beli 'something' dan terus ke tempat duduk 'VIP' di tepi padang. Apa yang along Izz beli pepagi ini? Aku dan angah Izz terus kepadanya, dan dia sedang makan 'jelly' @ dadih Milo. Bersungguh makannya. 


Milo Jelly
Dia memang suka makan sorang-sorang. 

Aku cuba tanya berapa harga dadih tu? Katanya seringgit. Aku mintanya tunjukkan berapa duit dalam poketnya, dia keluarkan memang tinggal RM3. Oklah, aku bukan apa. Saja nak lihat takut-takut kalau dia habiskan awal duitnya. Nanti tak sempat beli makanan dan minuman waktu rehat jam 10AM. Takpelah kalau betul along Izz beli makanan. 

Aku dah pesan, "jangan beli apa-apa kat kedai buku (koperasi sekolah), kalau papa tahu along beli, papa tak bagi dah duit sekolah. Faham? Duit papa bagi beli makanan dan minum ok?". Hari-hari dia mengangguk kefahaman. 

Minggu ini aku, along Izz dan angah Izz sahaja yang keluar pagi ke KL. Mama Izz ada kursus 3 hari di Putrajaya. 


3 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. sayu plak tgk anak pndi berdikari mcm ni...semoga along Izz jadi anak yg soleh mampu jaga adik2 dia nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Amin... Dia jenis suka berkawan tetapi banyak perkara dia suka menyendiri. Kadang kesian juga melihatnya.

      حذف
  2. sian along...betul tu kalau anak sy bagi lebih mesti ada je something yg dibeli dekat book shop...geram kadang,kalau beli makanan xpe

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم