'PAGAR' SUDAH ROBOH

Kasihannya, pagar yang dibangga-banggakannya sudah roboh. Berbeza dengan along Izz, angah Izz lebih menjaga keterampilan dirinya. Gosok gigi lebih lama berbanding along Izz, bersiap juga lebih lama dari along Izz, agak memilih pakaian yang dipakai, lebih suka berseluar panjang, menghadap cermin merapikan dirinya. Along Izz? Asal pakai baju sudahlah. Hihihi. Along Izz dan angah Izz jika mereka mandi bersama, memang lama menunggu mereka siap. Mereka gemar bawa mainan ke dalam bilik mandi, bermain-main dahulu sebelum betul-betul mandi. Kadang-kadang air paip yang dipancur sampaikan terkeluar dari pintu bilik mandi. Habis basah sampai keluar. 

Hendak dijadikan cerita, satu hari angah Izz melompat masuk ke dalam bilik mandi dan tergelincir. Ter'cium'lah dia akan baldi dannn patahlah sebatang giginya. Habis berdarah gusinya dan bengkak. Bila bawa ke klinik, tiada apa-apa dan doktor hanya beri ubat kebas dan suruh di tuamkan sahaja. Beberapa hari menganga sahaja angah Izz. Hahaha.


Patah gigi
Beberapa hari asyik menganga sahaja.

Ada baiknya juga jadi begitu. Dia sudah tidak 'terkinja-kinja' di dalam bilik mandi lagi. Satu lagi, angah Izz sudah tidak minum susu menggunakan botol susu lagi. Dia hanya minum di dalam cawan sahaja kini. See? Apa yang berlaku mesti ada kebaikannya.


Giginya patah
Gaya tetap ada walaupun gigi sudah tidak ada sebatang.

Hari ini angah Izz sudah mula bersekolah semula di taska  setelah bercuti sepanjang Ramadhan yang lalu. 

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم