Rata-rata semuanya masih dalam mood raya. Open house sana-sini baik di pejabat mahupun di rumah. Semalam sekolah along Izz (SK Sultan Hisamuddin Alam Shah) adakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bukanlah 'open to public', cuma sambutan bagi warga pendidik dan juga murid-murid yang diadakan secara 'pot-luck'. Seronok along Izz kerana dari rumah lagi bersiap-siap berpakaian baju melayu. Along Izz bawa 'moist chocolate cake' yang mama Izz belikan di Medan Mara. Meriah sambutan Aidilfitri berkenaan melalui gambar yang guru kelas along Izz 'sharing'kan melalui Whatsapp kelas 1 Jaya.
Along Izz dan rakan-rakan sekelas seperjuangannya. |
Angah Izz juga turut berbaju melayu di taska (Taska Permata Timang) kerana Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dimana terletaknya taska angah Izz juga mengadakan sambutan Aidilfitri. Jadi para guru taska akan bawa anak-anak taska ini menghadiri jamuan aidilfitri berkenaan. Memeriahkan majlis dengan kehadiran ramai kanak-kanak.
Angah Izz serta rakan-rakan sebaya seperjuangannya. |
Bagi along Izz dan angah Izz yang merayakan Aidilfitri di kota, sambutan seperti ini memberi kegembiraan kepada mereka. Dapat beraya bersama rakan-rakan dan guru-guru, makan ramai-ramai sambil bermain. Balik petang tak habis-habis bercerita tentang raya. Apapun, tahun ini aku tidak buat 'open house' tetapi aku tidak menahan andai ada yang ingin berkunjung ke rumah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
wahhh.. seronoknya...
ردحذفpsssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!