TAK PUTUS BANTUAN BUATNYA | TERIMA KASIH

Sejak akhir-akhir ini, aku agak jarang 'update' berkenaan adik Izz di facebook page PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome. Kadang-kadang setiap hari akan aku update, kadang-kadang dua hari sekali dan kadang-kadang seminggu sekali pun ada. Bukan aku tidak mahu update keadaan adik Izz, bahkan setiap hari akan ada yang bertanyakan keadaan adik Izz (pm, messenger, comment) dan kirim salam padanya, TERIMA KASIH banyak-banyak, cumanya keadaan adik Izz kini agak mendatar. Maksud aku tiada yang bertambah dan tiada yang berkurang which is ianya masih positif kerana maintain (kekal). 

Adik Izz masih lagi under Home TPN (Total Parenteral Nutrition) Programme dan masih menerima Nutrisi Parenteral (TPN) sebagai sumber bekalan zat harian, masih lagi meneruskan dengan sesi terima susu via tiub suapan Gastrostomy dan masih perlu ke wad untuk checkup berat badan serta diambil sampel darah selang 2 minggu sekali. Aku pun kuranglah sedikit kerisauan bila melihatnya sihat. 

Tiub Central Venous Line (CVL)
Antara rutin harian ialah 'dressing' tiub CVL adik Izz

Cumanya, saat 'dressing' tiub Central Venous Line (CVL) sahaja yang tetap menimbulkan kerisauan. Selainnya berjalan seperti biasa. Nutrisi Parenteral (TPN) masih diberi 12 jam sehari dan susu via tiub suapan Gastro masih diberi sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali sehari (3 jam satu sesi). Belum ada kata putus daripada pakar samada kurangkan TPN ataupun susu. Mungkin tahap adik Izz belum sampai ke tahap yang diperlukan pakar. 

Oh ya, 'mama angkat' dan 'papa angkat' yang sejak dari awal lagi mengikuti kisah adik Izz dan banyak memberi bantuan kepada adik Izz disamping berikan sokongan moral kepada kami, masih tetap membantu kami sehingga kini. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan kepada semua. Ada juga yang baru menjadi Izz's lovers,  dan kerap bertanyakan khabar adik Izz. 

Sehingga kini masih ada yang memberi sumbangan pada TABUNG ADIK IZZ, dan ada yang aku tidak tahu pun sumbangan itu daripada siapa kerana tidak diberitahu. Aku ucapkan terima kasih dan semoga apa yang kalian lakukan dgn ikhlas mendapat balasan rahmat dari Ilahi. Semuanya aku gunakan untuk keperluan dan kelengkapan CVL, TPN, dan GASTRO adik Izz.

Mudah-mudahan.


3 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Syukur.. Sudahlah mereka mendoakan adik Izz yang mana saya tak mampu membalasnya, mereka juga turut memberi sumbangan. Betapa terhutang budinya saya pada semua.

    ردحذف
  2. Saya baru je follow kisah adik IZ ni. Semoga selamat semuanya.

    ->http://alongwawaerna.blogspot.com
    ->Jemput ke segmen Erna- http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم