AIDILADHA, MEREKA JUGA BERKORBAN!

Bila tiba hari raya, tidak kisahlah Aidilfitri ataupun Aidiladha, yang paling seronok tentunya anak-anak, kan. Walaupun tahun ini aku dan keluarga masih beraya di Putrajaya, tidak dapat pulang ke kampung, tetapi aku tetap beri anak-anak merasai nikmat berhari raya. Tak tahu lah diorang faham ataupun tidak? Yang aku nampak, mereka kelihatan bergembira sahaja. 

Memandangkan mama Izz dan adik Izz berada di wad, cuma tinggal aku, along Izz dan angah Izz sahaja. Selepas solat sunat Aidiladha, aku bawa mereka melihat lembu yang bakal dikorbankan nanti. Ada 3 ekor lembu yang bakal dikorbankan di surau tempat aku. Dan blok-blok lain masing-masing ada seekor lembu yang akan dikorbankan tetapi dijalankan ditempat lain. Hanya 3 ekor ini sahaja yang akan dikorbankan di surau ini.


Pengorbanan Aidiladha anak
Gembira walaupun mereka hanya berdua.

Along Izz jenis tidak takutkan apa-apa kecuali lipas dan angah Izz pula semua binatang dia takut. Seekor daripada lembu yang ada pula kelihatan agak jinak. Along Izz sering menghampirinya, berinya makan lalang dan diusap-usapnya lembu itu bak seekor kucing. Aku yang dewasa ini pun takut hendak berhampiran dengan lembu. Dia? Itupun aku kerap perhatikan takut-takut kalau lembu berkenaan mengganas. 


Raya Korban di Putrajaya
Aku pun tak sampai ke tahap begitu hampir dengan lembu. Takut!

Elok pulalah lembu itu berbaik dengan along Izz. Bila melihat along Izz beri makan dan pegang lembu berkenaan, kanak-kanak lain juga turut serta bersama dia. Angah Izz pula? Hanya pandang dari kejauhan sahaja berdiri berhampiran aku. 


Korban seekor lembu
Layanan persis bak seekor kucing.

Bila tiba masa lembu untuk dikorbankan, watak along Izz dan angah Izz akan bertukar. Along Izz yang agak takut untuk melihat darah, sedikit demi sedikit dia akan berundur ke belakang dan hanya memandang menyorokkan muka dari jauh. Tetapi bagi angah Izz pula, dia memang berminat dengan perkara seperti ini. Sedikit demi sedikit dia melangkah kaki ke depan untuk melihat saat lembu di sembelih. Bila di halang, dia akan suruh ke tepi. Katanya, "angah tak nampak lah. Tepilah". 


Kenduri Rakyat Parlimen Putrajaya
Hanya dari jauh. Itulah yang paling hampir angah Izz mampu.

Memang setiap tahun begitu. Selesai semua selepas bergotong-royong dengan penduduk melapah dan memotong daging, aku juga diberi daging korban. Petangnya aku dan anak-anak pergi ke wad pula untuk beraya bersama-sama mama Izz dan adik Izz. 

Malamnya pula diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat selain berTakbir di lobi blok aku sebelum dijamu dengan masakan daging korban. Along Izz dan angah Izz juga aku bawa bersama-sama memeriahkan majlis. Alhamdulillah, mereka tidak banyak ragamnya. Bolehlah bawa lagi ke majlis selepas ini. 


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Wah along...kasihkan binatang ye..tp takut darah...hehehe...angah plak takut semuanya..takpe ini semua pengalaman buat mereka...memang bagus bawak anak- anak explore semua ni...at least takde la nanti bila cikgu tanya jawapannya tak tahu...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Itulah pendedahan buat mereka. Lagipun tak tahu nak bawa kemana.

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post