ATOK YANG BAIK HATI

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah along Izz, Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) beri cuti kepada pelajar yang tidak terlibat dengan UPSR. Disebabkan aku tidak mahu letakkan along Izz di taska angah Izz (Taska Permata Timang), jadinya aku tinggalkan kedua-duanya di rumah di bawah jagaan atok Izz. Opah Izz tiada kerana menjaga adik Izz di wad, manakala aku dan mama Izz bekerja. Anak-anak aku memang agak nakal dan aktif. Hope mereka baik-baik sahaja tinggal dengan atok Izz dan atok Izz pula baik-baik sahaja dengan mereka. 

Apa yang jadi apabila aku dan opah Izz pulang pada petangnya? Jika setakat sepah-sepah barang mainan, plastik snek dan 'sumi' merata-rata aku tidak kisah sangat. Tetapi....

Bila anak menconteng
Habis sarung bantal dengan 'grafiti' kreativiti mereka. Siap gelak besar tu.
Kids Grafitti
Bukan saja sarung bantal, sekali bantal dibuang sarung pun jadi tempat melukis.

Mereka selamat kerana bukan mama Izz yang pulang. Kalaulah mama Izz yang balik, memang berdesinggg lah telinga jadinya. Bukan telinga mereka sahaja, sekali dengan telinga aku pun sama. Along, along! Angah, angah! Bebas kamu ye bila bersama atok Izz? 

Ultraman
Sekali dengan Ultraman, Bear dan Gopal depa 'make over'.

Atok Izz bukanlah seperti mama Izz mahupun opah Izz yang akan tegur semua perkara, tetapi lebih kepada kompromi. Budak-budak nak membesar, memang penuh dengan imaginasi dan eksplorasi. Biar mereka belajar. Aku? Keluar dari pintu, hembus asap. Huhuhu. 

Mereka menghiburkan walau sedikit membangkit kemarahan. "Nanti dah besar ok lah tu".


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. terlakar kreativiti mereka di situ...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah.. Memang ter'lakar'. Hati ini pula yang ter'calar' dibuatnya. Adeh, anak-anak!

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post