Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini. Jerebu sudah makin teruk nampaknya. Sejak semalam aku sudah 'plan' dengan mama Izz untuk tidak menghantar along Izz dan angah Izz ke sekolah atau taska. Along Izz aku tengok sudah mula batuk-batuk. Angah Izz masih sihat Alhamdulillah. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku pilih untuk 'ponteng'kan mereka. Mujurlah Kementerian Pendidikan umumkan cuti. Jadinya, batal istilah ponteng itu.
Nampaknya, seronoklah adik Izz hari ini apabila ada abang-abangnya dirumah. Naya lah atok Izz dan opah Izz menjaga ketiga-tiga mereka tanpa aku dan mama Izz di rumah. Soal jerebu ni, aku tengok along Izz dan angah Izz macam seronok pula. Maklumlah mereka dapat pakai topeng (mask). Dibuatnya main-main macam ninja atau superhero. Hahaha.
Petang semalam pun dah teruk, jadi 'atas arahan' mama Izz, dalam kereta pun kena pakai mask |
Mereka tahu jerebu, tapi tidak tahu bahaya jerebu. Mereka basuh 'mask' macam Upin Ipin juga. Di rumah aku memang ada banyak 'mask' sebabnya untuk kegunaan 'dressing' adik Izz. Jadinya, mereka suka-suka boleh tukar 'mask'. Apapun, selamat bercuti kepada semua. Esok pun cuti Hari Malaysia, kan? Kurangkan aktiviti luar sehingga keadaan jerebu pulih.
Di Highway MEX petang semalam pada bacaan IPU 170. |
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!