Short Bowel Syndrome (SBS) atau Sindrom Usus Pendek adalah masalah yang berkaitan dengan penyerapan lemah nutrien. Short Bowel Syndrome (SBS) biasanya berlaku pada orang yang mempunyai samada sekurang-kurangnya separuh daripada usus kecil (small intestine) mereka yang dikeluarkan/ dibuang melalui pembedahan atau semua usus kecil atau pun sebahagian daripada usus besar. Short Bowel Syndrome (SBS) mungkin boleh dikategorikan ringan, sederhana atau teruk, bergantung kepada bagaimana usus kecil berfungsi.
Orang dengan Short Bowel Syndrome (SBS) tidak boleh menyerap air yang cukup, vitamin, mineral, protein, lemak, kalori, dan lain-lain nutrien daripada makanan. Apakah nutrien yang diserap usus kecil bergantung kepada bahagian mana usus kecil itu telah rosak atau dihapuskan. Sebelum aku beritahu berkenaan adik Izz, eloklah aku ceritakan dahulu apa itu usus kecil (small intestine).
Inilah permulaannya adik Izz sakit disebabkan masalah usus kecilnya. |
Usus kecil adalah organ berbentuk tiub di antara perut dan usus besar. Kebanyakan pencernaan makanan dan penyerapan nutrien berlaku dalam usus kecil. Usus kecil dianggarkan kira-kira 20 kaki panjang (dewasa) termasuk Duodenum, Jejunum dan Ileum. Duodenum adalah bahagian pertama usus kecil di mana zat besi dan mineral lain yang diserap manakala Jejunum pula adalah bahagian pertengahan usus kecil di mana karbohidrat, protein, lemak, dan kebanyakan vitamin diserap. Ileum pula merupakan bahagian akhir bawah usus kecil di mana asid dan vitamin B12 diserap.
Sumber Google |
Dalam kes adik Izz, ia dikategorikan sebagai 'severe' (teruk) dimana usus kecil adik Izz hanya tinggal 8 CM. Memang sangat-sangat pendek. Asalnya usus kecil adik Izz dianggarkan 100cm. Namun disebabkan ususnya terbelit (twisted more than 4 times) pada usianya 7 bulan, yang mana sampai sekarang pakar masih tiada penjelasan kukuh bagaimana ususnya boleh terbelit. Bahagian 8cm yang tinggal itu adalah bahagian Duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil di bahagian bawah perutnya. Bahagian pertengahan usus kecil Jejunum dan bahagian akhir usus kecil Ileum telah pun dibuang dalam beberapa siri pembedahan sebelum ini. Maknanya sekitar 92 cm usus kecil adik Izz telah pun dibuang.
Bagaimana untuk cukupkan keperluan nutrien adik Izz akan aku ceritakan pada entri akan datang, In Shaa Allah.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!