Rasanya rata-rata warga Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur terutamanya warga Wad KK4 mesti mengenali along Izz dan angah Izz. Mana tidaknya, boleh dikatakan mereka antara yang kerap berada di sana. Dengan kekecohan mereka lagi, suara yang tidak boleh 'slowdown', memang mudah untuk mengecam mereka. Sampaikan bila aku tidak bawa mereka ke sana, pasti ada yang bertanya, "mana along dan angah?". Boleh jadi duta Pediatrik ni.
Jika adik Izz di wad, memang keraplah aku bawa mereka terutamanya bila cuti persekolahan. Hari persekolahan pula, ada jugalah aku selang-selangkan harinya untuk bawa mereka masuk, itupun hanya seketika sebabnya aku akan bawa mereka pulang awal untuk rehat sekucupnya bagi sesi persekolahan esoknya.
Jarang-jarang boleh terjadi untuk aku ber'boria' pakaian. |
Sampailah sekarang, aku tetap bawa mereka ke pediatrik walaupun mereka tidak boleh melawat adik Izz di Wad ICU. Iyalah, mana lagi nak tinggal, kan? Memang kena usunglah ke mana-mana pun pergi. Bila mereka tidak boleh melawat adik Izz, mereka akan bermain di sekitar lobi sahaja.
Seketika, along Izz akan minta duit untuk pergi ke Hospimart untuk membeli jagung dan juga air. Angah juga begitu. Kejap-kejap mereka turun ke tingkat satu untuk ke taman permainan. Bila lapar, mulalah diajaknya ke Kg Baru untuk makan nasi ayam. Rutin? Yup, mungkin rutin barangkali.
Ada untungnya juga bila mereka kerap berada di Pediatrik. Cuba lihat gambar di bawah.
Mereka tidak kenal pun dengan siapa mereka bergambar. Hanya menurut bila aku suruh. |
Rindu awak 200% tau. Hehehe |
Nanti along Izz dan angah Izz dah besar, mereka pula mungkin sudah jadi 'evergreen'. Masa itu, barulah mereka kenal, kan? Hihihi.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!