PEMBEDAHAN SIRI KE 20 | BUANG KULIT MATI

Sepsis iaitu keracunan darah yang dialami oleh adik Izz disebabkan bakteria. Akibatnya, kulit adik Izz di bahagian tepi badannya sebelah kanan menjadi kehitaman. Besar juga lebih kurang tapak tangan. Mulanya, ianya hanyalah kemerahan sahaja. Tidak lama apabila kesan kemerahan itu bertukar kepada kehitaman pula. Sebelum jalani pembedahan, doktor sudah beritahu segala kemungkinannya. 

1. Mungkin kulitnya akan tumbuh kembali. Maksudnya, sel-sel akan bercantum semula. 2. Jika kulitnya tidak bersambung kembali, kemungkinan akan diambil kulit pada bahagian lain pada adik Izz untuk menggantikannya. Lama jugalah adik Izz di dalam dewan bedah. 

Prosedur yang sama seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Pembedahan kali ini telah buang kulit adik Izz yang kehitaman itu. Sambil itu, diletakkan tiub sekali dengan vacuum untuk membuang darah yang kotor. Sambil itu adik Izz akan dipantau sehari-hari dan 'dressing' untuk tukar pelapik luka berkenaan akan dijalankan di dalam dewan bedah. 

Sepsis adalah keracunan darah disebabkan bakteria

Hope, tidak perlu digantikan dengan kulit bahagian lain pada adik Izz. In Shaa Allah.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم