Ambil jalan mudah. Tidak perlu buang masa, tidak perlu fikir macam-macam dan tidak perlu kelam-kabut. Hanya sarungkan sahaja. Itulah along Izz yang terbaru. Sebelum ini, apabila 'gap' waktu antara sekolah sesi pagi dan KAFA 'Kelas Al quran dan Fardhu Ain' sesi petang, along Izz akan buka baju putih sekolahnya, masukkan ke dalam karung beg dan tukar dengan baju biru.
Tapi kini, along Izz keluarkan baju birunya dan terus sarungkan. Jadinya, ada 3 lapis pakaian sewaktu kelas KAFA. Singlet, baju sekolah putih dan baju biru KAFA. Senang, kan? Habis sesi pagi, sarung je terus baju sesi sekolah petang. Jadinya, banyaklah masa untuk along Izz bermain.
Jangan jadikan ikutan. Along Izz takpe, dia 'special' sikit orangnya! |
Terkejut semalam apabila jemputnya balik dari sekolah, baju putihnya tiada. Bila ditanya, dia cakap ada along pakai. Rupanya berlapis. Hahaha. Tanya dia sapa yang ajar? Dia kata ikut 'Muaz'. Emm, bagaimana aku hendak 'train' dia?
Cakap pagi dia angguk, tapi balik petang lain jadinya. Ikutlah macam mana pun along Izz oi, asalkan kamu selesa. Mana yang memudahkan, buatlah. jangan tidak tukar pakaian KAFA sudahlah. Pernahlah dia tidak tukar baju, katanya tidak sempat.
amboiiii, ni memang nak cepat ni dan jimat masa ni...he he he....
ReplyDeleteKaedahnya, sarung sahaja letakkan beg, terus berlariiii gi main! Itu yang dia nak. Hahaha
DeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!