KAU, AKU, KITA

Bukanlah aku hendak merujuk kepada Kau, Aku, Kita drama TV3 itu. Tapi aku suka menonton cerita berkenaan. Hahaha. Oklah, 'back to story'. Umum tahu adik Izz sekarang sudah pun berada di wad biasa iaitu wad pembedahan Wad KK4, Institut Pediatrik, HKL. Dan aku kerap 'update' berkenaan adik Izz melalui Blog, Instagram, Facebook dan Twitter aku. Mama Izz pula akan 'update' berkenaan adik Izz melalui Page Facebook. 

Keluargaku. Mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz

'KAU' pada aku merujuk kepada semua yang mengikuti cerita berkenaan adik Izz. Ini termasuklah kaum keluarga, sanak saudara, rakan sekampung, rakan sekuliah, rakan sepejabat, rakan maya, pendek kata semualah. 

'AKU' pula seperti biasalah akulah. Maksudnya papa Izz, mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz. 

Dan 'KITA'? Kitalah tu. Kita semua. Ah, sudah! Aku dah pening ni. Tahu tidak? Ada rakan maya 'means' yang mengenali adik Izz melalui Page Facebook, Facebook, Blog, Instagram, Twitter dan macam-macamlah, ada datang menziarahi adik Izz. 

Kami tidak kenal tetapi atas dasar kasih sayang, persaudaraan dan prihatin, ada yang datang baik jauh atau dekat. Sangat terharu pada aku dan keluarga sebenarnya. Ada yang 'pm' bertanyakan lokasi adik Izz, ada yang 'pm' bertanyakan keadaan semasa adik Izz, ada yang dari mula adik Izz sakit sampailah sekarang sentiasa mengikuti perkembangan adik Izz. 

Alhamdulillah, betapa walaupun kita tidak mengenali satu sama lain namun kita ditemukan melalui adik Izz. Yang tidak pernah bertentang muka dengan adik Izz, tetapi bila bertemu mereka mengeluarkan air mata melihat keadaan adik Izz. Betul, apa yang ada dalam 'update' tidak sama dengan realiti depan mata. 

Aku dan mama Izz terikat dengan peraturan pihak hospital untuk tidak 'publish' atau 'post'  keseluruhan. Ada yang perlu ditapis dan ada yang perlu di'general'kan se'general' mungkin. Ok setakat ini? Nanti lah aku sambung untuk ayat mudah faham. Hehehe.


6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Drama ini memang best :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Sepanjang 3 episod ni, belum ketinggalan lagi. Hihihi

      Delete
  2. hehehe best kot citer tu.. baru marathon semalam.. almaklum la astro dah terminate.. so layan online jer lah..

    ReplyDelete
  3. adik Izz cepat cepat sembuh tauu

    ReplyDelete
  4. CN follow sini ye 453 dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2015/11/rebut-wang-tunai-rm310-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post