Menangis. Menangislah sayang. Apa lagi yang boleh kamu lakukan selain menangis? Itu sahaja yang boleh kamu lakukan untuk gambarkan apa yang kamu rasa. Baik papa mahupun mama, kami pun terpaksa bersabar melihat tangisanmu itu. Sebenarnya, aku kurang suka anak-anak aku menangis. Tetapi dalam kes adik Izz, aku kecualikan kerana keadaannya.
Dressing gastro memang saat yang paling menyakitkannya. |
Susah sebenarnya untuk adik Izz menangis kecuali dia merasakan kesakitan. Even selepas 'operation' sekalipun, susah untuknya menangis kecuali dia merasakan kesakitan. Sudah dua kali aku ulang ayat 'dia merasakan kesakitan', kan? Gastrostomy adik Izz agak bermasalah sedikit selepas digantikan 'button' dengan 'tubing'. Kerap sangat 'leaking'. Aku lihat kulit sekitarnya sangat kemerahan, yang mana aku tahu memang sangat pedih.
Kasihan memanglah kasihan, tapi apa boleh buat? |
Paling menyakitkan bilamana 'leaking' berkenaan tidak disedut (suction) dan meleleh sekitarnya. Mama Izz lah yang terpaksa tekan lubang gastro berkenaan dengan 'Gauze' sambil 'adjust'kan 'suction tube' itu sehinggalah adanya 'suction' daripada 'vacuum'. Saat itu, memang adik Izz akan menangis. Meraung menangisnya.
Tahan air mata ini bila melihatnya terseksa. |
Kawasan berkenaan dahulunya disapukan atau dicuci dengan 'Sodium Chloride', kini cuma disapukan dengan 'olive oil'. Aku kurang pasti samada 'olive oil' jenis yang sama untuk masakan ataupun tidak. Sebabnya, 'olive oil' yang dibekalkan kepada kami memang dalam bekas ubat. Rasanya memang khas untuk perubatan.
Selain menangis, apa yang adik Izz mampu lakukan? Tiada apa-apa. Sama macam kami, hanya mampu memujuknya, selainnya? Tiada apa-apa. Tahan sajalah perasaan ini bila melihatnya menangis. Ini ujian Allah buat kami dan kami perlu sabar dan redha menghadapinya.
Allah...kite pun dah seriau kalau luke...inikan pulak budak2..semoga Allah beri kesembuhan pada adik Izz...
ردحذفAamiin...aamiin...aamiin
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!