Menangis, menjerit, meronta-ronta aku melihatnya. Selang seli pula dengan raungan "sakit, sakit, sakit". Sakit sangat kah? Aku tidak mahulah fikirkan pasal 'plan' yang lain sebabnya pasal Gastrostomy adik Izz ni pun dah berlarutan lama tidak selesai lagi. Isu apa? Isu 'leaking'.
Memang kerap sangat 'leaking' di kawasan berkenaan. Ubah sedikit, ok. Lepas itu, 'leaking' semula. Betulkan sedikit, ok semula. Selepas itu, 'leaking' semula. Terbaru, letak 'suction tube' pada Gastrostomy. Mulanya nampak lah ok bila 'leaking' sahaja, terus keluar melalui 'suction tube' yang disambungkan dengan 'vacuum'. Legalah sedikit.
Tak lama, jadi semula. Sampaikan satu tahap, 'suction tube' tercabut dan aku nampak memancut air keluar dari lubang Gastrostomy nya. Aduhai. Masukkan semula tiub, 'then' ok. Jadi lagi, tukar tiub baru, ok balik. Jadi lagi, tukar lagi tiub baru, ok balik semula. Habis itu, sampai bila? Cabut, jolok, sumbat dan tukar. Silap haribulan, boleh jadi teruk Gastrostomy itu.
Dengarnya, mungkin akan diletakkan 'button' semula pada Gastrostomy nya. Tapi, entahlah. Tengoklah bagaimana doktor selesaikan. Yang menanggung tentunya adik Izz. Yang 'stress' tentunya mama Izz yang menjaga. Yang 'emotional' tentunya opah Izz yang mendengar. Yang kena fikir bagaimana hendak selesaikan tentulah doktor. Yang menentukannya tentulah Allah SWT.
Aku? Doa lah senjata aku.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!