Mata masing-masing memandang bila nampak 'Spiderman' datang. Cerita Spiderman ini sudah lepas pun, rasanya Jumaat lepas lagi. Muka sahaja Spiderman, tapi badan 'cicak kobeng' je. Hahaha, itulah angah Izz.
Inilah 'Spiderman' yang dimaksudkan @ angah Izz |
Sebenarnya dia cuma memakai topeng muka Spiderman yang dia ambil daripada adik Izz hadiah daripada orang yang menziarahi adik Izz. Sejak dari hospital lagi angah Izz memakainya.
Seusia mereka, pastinya bergembira dengan festival ini. Aku? |
Aku sengaja lewatkan balik dari hospital kerana aku memang bercadang untuk singgah ke Festival Light & Motion Putrajaya (LAMPU) di Presint 3 itu. Kebetulan semasa aku sampai, masih lagi sidang berucap VVIP. Belum pun dirasmikan lagi.
Tiada babak terjun daripada mereka. Alhamdulillah. Risau juga aku. |
Sekitar jam 10PM jugalah baru dimulakan acara berkenaan. Tahun lepas sudah ada rasanya, tapi aku tidak berkesempatan untuk bawa anak-anak ke sana. Jadi kali ini, aku cuba bawa mereka. Banyak juga acara diadakan di sana.
Penat sudah. Seharian di Hospital, dan semalam di LAMPU pula. |
Aku rasa korang juga ada pergi menyaksikan LAMPU 2015 ini kan? Best juga untuk yang pertama kali datang macam aku. Tapi, aku tak datang dah untuk hari ke 2 dan ke 3 walaupun anak-anak aku ajak pergi lagi.
Ini, yesss memang menarik pada aku dan terlalu menarik pada anak-anak aku. |
Pada aku, biasa-biasa sahaja kecuali 'show' yang tukar-tukar warna dan wajah Istana Kehakiman itu. Hahaha.
cantik bangunan berlampu berwarna-warni,seronoknya dapat pergi festival lampu :-)
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!