Kelmarin, tepat 2 tahun iaitu pada 8 November 2013 dahulu dimana semua yang aku ceritakan, yang kalian ikuti pada hari ini, semuanya bermula pada tarikh berkenaan. Sekejapnya masa berlalu. Tidak sangka sudah 2 tahun adik Izz berjuang meneruskan hidupnya. Bukan tarikh adik Izz dilahirkan tetapi bermulanya perjuangan adik Izz sebagai Short Bowel Syndrome (Sindrom Usus Pendek) Survivor.
Aku terbaca status mula-mula aku up masa adik Izz dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Putrajaya dahulu, buatkan aku teringat semula kisahnya bagaimana ia bermula. Mula-mulanya biasa-biasa sahaja, namun sudah ditakdirkanNYA apa yang dialami adik Izz ini, kami sekeluarga menerimanya dengan redha.
Dehydration, then Pneumonia, then Virus, then Operation, then Short Bowel Syndrome |
Mudah-mudahan, adik Izz akan sembuh. Cumanya, kami perlukan kesabaran yang tinggi untuk mengecapinya. Yakin! Doa! Tawakkal! Redha! Pasti ada sinar buatnya. In Shaa Allah.
InshaAllah, jaga makan dan lifestyle.
ردحذفJemput baca entry terbaru.
http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html
InsyaAllah .. Teruskan berdoa :)
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!