Pasal 'leaking' pada gastrostomy adik Izz itu, ada yang salah gambaran pasal gastrostomy. Iyalah, aku pun hanya sebut tentang 'leaking gastrostomy' tetapi tidak terangkan. Baiklah. Mula-mula dulu, doktor buat gastrostomy pada adik Izz kerana ingin menyelesaikan masalah 'Hypoglicemia' adik Izz. 'Means' kurang gula dalam darah.
Jadinya apabila adik Izz habis diberi Nutrisi Parenteral (TPN), susu Mamex Gold Pepti akan diberi samada secara manual ataupun menggunakan mesin 'Syringe Pump' sebanyak 45ML - 60ML selama 2-3 jam. Mudahnya, gastrostomy adik Izz gunanya untuk 'feeding'. Itu dulu, sebelum adik Izz jalani pembedahan pisah usus.
Dia tetap cool apa keadaan pun. Bila betul-betul sakit, barulah dia uncool! |
Pada pembedahan pisah usus itu, doktor keluarkan 'button gastrostomy' adik Izz (untuk tujuan feeding itu) dan lubang gastrostomy itu digunakan sebagai salur keluar tiub yang disambungkan dengan usus kecilnya. Bukan untuk masuk lagi tetapi untuk keluar pula. Sebab apa? Asalnya untuk tujuan mengembangkan usus. Pendek kata masa itu, beri makan dan beri minum kemudian 'hold' beberapa jam dan kemudian 'release'.
Tapi tidak jadi begitu kerana ada yang tidak dijangka berlaku iaitu usus adik Izz bocor. Kini, tiub yang disambungkan dengan usus kecil adik Izz dan keluar melalui gastrostomy gunanya untuk keluarkan cecair daripada usus kecil adik Izz. Masih berlaku yang tidak dijangka iaitu cecair tidak keluar sepenuhnya melalui tiub berkenaan sebaliknya ada yang keluar melalui gastrostomy. Itu yang sering aku katakan 'leaking' itu.
Bila bab adjust suction tube, memang dia akan kesakitan. |
Sebagai 'backup', dipasang 'suction tube' pada usus kecil adik Izz untuk sedut cecair daripada usus kecil adik Izz supaya dapat dielakkan 'leaking'. Tidak juga dapat selesaikan masalah itu, gastrostomy masih juga alami 'leaking'. 'Suction tube' ini kecil sahaja dan ianya dalam keadaan 'loose'. Bila ada cecair yang agak pekat, 'suction tube' ini akan tersumbat. Perlu cabut, cuci sedikit dan cucuk semula melalui gastrostomy ke usus kecil. Itu konsep yang aku fahamlah.
Jadinya, bila aku kata pasal 'leaking' pada gastrostomy, itulah yang berlaku. Harap dapatlah perjelas sedikit sebanyak pasal gastrostomy adik Izz. Bukan untuk 'feeding' tetapi sebagai 'outlet'.
semoga adik izz cepat sembuhh....
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!