Aku masih cuba untuk rungkai 'misteri' siapakah Coit ini. 'Klu' kebanyakannya aku dapat daripada komen di fb, Twitter dan juga melalui Whatsapp. Dalam Episod 1, aku dapat 1 point iaitu, "Coit adalah lelaki". Kali ini aku dapat banyak respon yang kaitkan Coit ini dengan telefon. Takkanlah Coit ini hantu telefon? Sebelum ini, dia juga dikatakan sebagai hantu. Eh, Coit ni memang hantu ke? Seram pula aku rasa.
Mahu tidak seram, asyik berkisar tentang hantu saja. Takut pula aku malam-malam dia datang rumah aku nanti. Minta-minta tidaklah. Oklah, berbalik semula. Betulkah Coit ini Hantu Telefon? Telefon apa? Public phone? atau smartphone? ke handphone sendal pintu? Melihat pada komen, sepertinya rata-rata dapat gangguan berkenaan hanya melalui telefon. Lega... Maknanya dia tidak datang mengganggu di rumah. Fuh, semangat!
Jomlah lihat komen kenapa Coit dikaitkan dengan telefon.
Point ke 2 yang boleh aku rumuskan, "Coit ini ada telefon". Belum sahih samada dia boleh merasuk anda melalui telefon atau tidak, cuma berjaga-jagalah dengan panggilan telefon yang anda terima. Hihihi.
Tunggu Episod 3 ye...
uiks.. suspennye
ردحذفPenulis pun rasa suspen tau...
حذفHAHAHA APE BENDA NI? X PHM.
ردحذفCerita melayu... hujung2 nanti baru faham.. hahaha
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!