COIT PART 3 : PENYAKIT?

Fuh, memang misteri betul Coit ni. Kriteria punyalah banyak sampaikan aku perlu asingkan ikut part. Selesai Part 1 : LELAKI dan Part 2 : TELEFON, apa yang aku dapat cumalah Coit ini seorang lelaki dan dia memiliki telefon. Samada dia pikul public phone atau dia cuma guna phone kecil, Wallahualam. 

Part kali ini, aku cuba untuk sahkan sama ada #FenomenaCoit ini sejenis penyakit atau tidak. Manalah tahu kan, kenanya Coit ini sejenis wabak, tak pasal-pasal semua terkena jangkitan nanti. Jadinya, aku tweet kepada seorang doktor (surgeon-to-be) bertanyakan hal ini. Tengok gambar apa kata doktor berkenaan.

Coit bukanlah sejenis penyakit

Alhamdulillah, Coit bukanlah penyakit. Jadi, tak perlulah kita takut kan? Part yang aku buat ini bergantung kepada komen pembaca di fb, twitter dan whatsapp. Jika ada point yang perlu aku highlight kan, aku perlu buat sebaran. 

Dilihat pada komen yang ada, entah sampai part berapa lah baru dapat selesaikan MISTERI COIT ini. Takpa, sabar. Kita susuri dengan tenang dan perlahan. Nantikan part 4.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post