FENOMENA COIT, PEMANGSA ATAU MANGSA?

Bukan Cuit ye tetapi Coit. Persoalannya, siapakah itu Coit? Apakah itu Coit? Dimanakah Coit? Coit ni dah lama jadi fenomena. Seingat aku, sejak aku kecil lagi. Oh ya, nanti di akhir entri aku jelaskan pasal Coit, ok? Jangan risau, ini bukan cerita hantu. Malahan tidak seram pun. Lucu lagi ada, sebabnya aku yang sedang menaip pun tergelak-gelak ni. Hahaha!

Dulu... nak kata dulu yang lama tak jugalah, tahun lepas punya cerita. Biasalah, anak baru masuk sekolah rendah. Pasal anak aku yang kehilangan beg. Jumpa... tapi selepas beberapa hari jugalah. Itupun sebab ada rakan anak aku letakkan beg anak aku ke dalam 'loker' simpanannya. Sampai sekarang cikgu masih merahsiakan siapa punya angkara. Elok juga, tak payahlah aku 'serang' budak tu. Hehehe.


Kehilangan beg biru, beroda, ada gambar Spiderman.
Biasanya, apa-apa yang hilang, dia akan mendiamkan diri

Tahun ini, anak aku hilang lagi beg sekolah. Puas cari, tak jumpa-jumpa. Sampaikan 'security' sekolah kena cari malam-malam beg sekolah tu. But, masih tidak jumpa. Aku siap buat status fb merayu warga sekolah jika ada terambil, minta tolong pulangkan. Guru besar sekolah pun siap buat 'announcement' tetap tiada siapa yang mengaku samada terambil atau terjumpa. Eh, pelik ni.

Jarang-jarang beg sekolah boleh hilang
Aku siap letakkan gambar beg lagi untuk dicari.

Bagaimana Coit boleh jadi fenomena berkaitan dengan kehilangan beg anak aku? Haaa... Namanya menjadi sebutan melalui komen rakan-rakan aku di fb. Antara komen yang ada menyebut Coit adalah,

"Coit, mana kembar ko sorok kali ini?"

"Coit, cukup-cukuplah tu. Kita ni dah berpuluh tahun habes sekolah. Tak puas lagi ke? Dari bapak sampai ke anak, ko sorokkan beg diorang."

"Coit, tolonglah suruh 'apprentice' anda pulangkan. Kalau tak kesiankan aku, kesiankanlah Ina tu."

"Aku tau, Coit. Ko banyak akal. Tapi kesianlah  kat budak-budak tu. Kalau bapak dia aku tak kesah, dah biasa kena kan?"

"Suspek utama Coit ke? Dah besar kot, rajin dia pergi sekolah amik beg Spiderman along?"

"Coit laaa. Siapa ke lagi?"

"Kalau Labu pun, mesti atas arahan Coit."

"Ada Coit kesah? Dulu kalau buat baca Yassin nak cari barang hilang, muka tak cuak langsung. Joget-joget lagi ada. Bayangkan..."

"Ini collaboration with Coit dan Labu."

"Uish. Coit dari Perak, Kedah sampai KL ambil beg tu? Memang sah ada ni. Memang ada."

Ini contoh komen yang ada menyebut Coit. Popular Coit ni. Semua kenalkah dengan Coit? Elok rasanya aku jelaskan apa itu Coit. Coit ni nama kawan aku. Maknanya dia tu oranglah. Makhluk hidup. Hahaha. Yang aku tak paham, rata-rata cakap ini angkara Coit. Kenapa Coit? Itu korang kena carilah sendiri apsal dia yang terkait dengan misteri kehilangan ini.

Misteri kehilangan beg sekolah selesai!
Seronok dia bila menjumpai beg sekolahnya semula.

Oh, lupa. Beg sudah dijumpai. Yang ajaibnya, aku lalu situ cari di rak tiada. Selang 10 minit, aku lalu lagi di situ, ada pula beg itu! Eh? 

Pelik, kan?

Hehehe... SORRY COIT!


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم