Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan adik Izz selamat menjalani pembedahannya. Dari jam 2:00 PM adik Izz di dalam Dewan Bedah Pediatrik, sekitar jam 8:00 PM barulah dia dipindahkan ke wad.
Pembedahan kali ini bertujuan untuk sambungkan semula usus kecilnya ke usus besar. Jika didapati usus kecilnya mengembang, doktor akan jalankan kaedah "memanjangkan usus". Tapi, iyalah kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukannya.
Sudah lama dia menderita. Sabarlah. |
Usus kecil adik Izz tidak mengembang. Jadi, proses untuk memanjangkan usus tidak dapat dijalankan. Kami ada beritahu kepada doktor, berharap agar tidak 'continue' dengan Gastrostomy. Alhamdulillah, pandangan kami diterima. Tiada lagi tiub yang disambungkan ke usus besarnya, tiada lagi tiub yang disambungkan ke usus kecilnya dan tiada lagi 'suction tube' pada Gastrostomy nya.
Yang tinggal kini hanyalah tiub CVL (Central Venous Line) pada dadanya sahaja bertujuan untuk pemberian Nutrisi Parenteral (TPN). Adik Izz belum tahap dimana dia boleh diberhentikan TPN. Buat masa sekarang, hanya itulah kebergantungannya untuk membesar selain makan minum yang sedikit.
Adik Izz akan berpuasa In Shaa Allah sehingga Isnin ini. 'Progress'nya akan dipantau dari masa ke semasa. Mudah-mudahan, segalanya baik-baik sahaja.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!