Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Blog yang aku tak pernah 'miss' untuk baca adalah blog Hasrul Hassan. Salah satunya lah. Jadi bila dia ada buat segmen, aku pun In Shaa Allah takkan 'miss' untuk sertainya. Mungkin agak terlambat sebenarnya tapi masih sempat untuk sertainya. Hehehe. Syarat-syarat untuk sertainya juga mudah. Bukan apa, jika blogger yang 'tip-top' buat segmen, kita yang 'join' ni juga mungkin akan dapat tempiasnya. Tak gitu? Hahaha. Cepat, sebabnya cukup 80 penyertaan, bro HH dah tutup segmen.

Nak Join? Klik saja BANNER ok.

"Blog aku ini bukanlah blog famous pun. Asalnya aku menulis adalah sebagai jurnal kehidupan aku dan keluarga sahaja. Adalah juga aku selit-selitkan dengan info-info umum cuma tidak banyak. Yang banyak pastinya pasal keluarga. Pernah aku berhenti menulis blog. Mungkin kerana aku malas dan aku sudah kekeringan idea untuk menulis. But, aku jadi aktif semula untuk menulis bilamana anak ketiga aku disahkan menghidapi penyakit kronik. Sejak itulah aku jadi rajin semula untuk menulis. Kiranya, betullah niat asal aku jadikan blog ini sebagai jurnal". 

"Aku bukanlah siapa-siapa pun. Cuma seorang anak kepada ibu bapa aku, cuma seorang suami kepada isteri aku, cuma seorang abang kepada adik-adik aku dan cuma seorang ayah kepada anak-anak aku. Ada yang mengenali aku dengan nama sebenar aku, ada yang mengenali aku dengan nama "ero", ada juga yang mengenali aku sebagai "lon" dan ada yang mengenali aku sebagai "papa Izz". Tak kisahlah apa pun sebenarnya, sebabnya aku tetap orang yang sama. Cukuplah korang kenal aku sebagai "ekjozbuluh". Hihihi".

"Pada tahun 2016 ini, aku mahu blog "ekjozbuluh" ini lebih mantap dari segi penulisan, penuh dengan info-info bermanfaat, cukup seronok untuk dibaca pengunjung dan yang paling penting apa yang aku tulis bisa jadi rujukan pada orang lain. In Shaa Allah".

Ini bukan lebih kurang 100 patah perkataan dah ni, macam beribu patah perkataan saja. 


11 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Selamat berjaya pada tahun 2016. Terus suksess

    ReplyDelete
  2. jom join..tambah rakan.. dan semoga berjaya mencapai matlamat tahun 2016

    ReplyDelete
  3. selamat bersegmen..good luck ye..

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah

    http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-tahun-2016.html

    ReplyDelete
  5. mohon singgah heheh

    http://www.rolandjb.tk/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya ya, salam ziarah

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan..;)
    husna dtg dari segmen yg sama..

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya

    jgn lupa singgah
    http://qasehederra.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum… Abam Kie datang dari segmen yang sama. Tersuka tanpa sengaja kat blog ni jadi abam folo lah ye. No 473.

    http://www.zukidin.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    ReplyDelete
  10. singgah dari segmen sama : http://www.anajingga.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post