LANGKAH MUDAH ELAK JANGKITAN

Siapa-siapa pun takut terkena jangkitan kuman dan bakteria. Yang paling takut adalah jangkitan disebabkan virus. Sebab itulah bagi kes anak istimewa aku adik Izz, aku seboleh-bolehnya nak elakkan dia daripada terkena jangkitan. Sekecil-kecil perkara yang kalau aku rasa boleh mengelakkan jangkitan, aku akan buat. Kadang nampak perkara tu simple je, tapi ia beri kesan besar sebenarnya. 
 
Aku ingat lagi bila aku tanya doktor "bagaimana nak elakkan jangkitan? Kami dah berjaga-jaga tapi masih dijangkiti". Doktor cuma kata, "tiada cara yang betul-betul untuk elak jangkitan, cuma boleh kurangkan sebab untuk terkena jangkitan". Betul juga. Sedangkan tinggal di wad yang terjamin tahap kebersihan dan 'hygiene' pun adik Izz boleh dijangkiti. Takpelah, buat saja mana yang terbaik yang boleh dilakukan untuk kurangkan daripada terkena jangkitan. 
 
Langkah utama elak jangkitan adalah dressing
Stay strong my dear son!
 
 Selain daripada "dressing" tiub CVL adik Izz hari-hari, aku juga ambil kaedah menukar sarung bantal, sarung tilam serta lapiknya setiap hari. Kalau ada yang taknak buat takpe, aku mahupun mama Izz akan tukarnya sendiri. Jangan risau. 
 
Bukan apa, kadang-kadang atas tu lah adik Izz muntah, tertumpah minuman dan makanan, berak kencing lagi, aku mahupun mama Izz ataupun opah Izz pun kadang-kadang berganti-ganti duduk atas katil adik Izz. Memang sah akan ada kuman bawaan nya lah. 
 
Tak boleh nak tukar bila-bila masa rasa nak tukar kecuali keadaan tidak mengizinkan, aku ambil pendekatan tukar sahaja setiap pagi ataupun tukar setiap kali adik Izz dressing TPN petang hari. 
 
Yang penting pada adik Izz yang ada tiub CVL di dada yang sangat sensitif pada persekitaran, adalah kebersihan. Jadi ini yang mampu aku lakukan. Nampak kecil, tapi besar kesannya. Ini baru satu dua je. Nanti aku cerita lagi. 
 
Tak percaya? Percayalah. Hehehe!
 
 

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم