REQUEST UNTUK LIHAT CVL

Jangan main-main dengan Central Venous Line (CVL). Malam kelmarin adik Izz demam tetiba. Bila adik Izz demam, hati mula rasa tak keruan. Tak keruan kerana takut sangat jika demam adik Izz libatkan CVL nya. Bahaya. Dan pagi semalam aku 'request' dengan doktor untuk lihat CVL adik Izz semasa "dressing" dan "disconnect" TPN (Nutrisi Parenteral). 
 
Alhamdulillah, doktor beri aku kebenaran untuk melihatnya. Bila sudah lihat dengan mata sendiri dan CVL adik Izz berada dalam keadaan yang baik, barulah rasa lega. Oh, mungkin demam biasa saja ni. Lagipun, adik Izz memang sedang batuk-batuk dan masih berkahak. Kadang-kadang muntahnya keluarkan kahak sahaja. Takpelah kalau begitu. 
 
Central line dalam keadaan yang baik
Apa keadaan pun, dia tetap tenang dan rileks sahaja.
 
Bila hati rasa lega, takdelah fikiran ni hendak fikir yang bukan-bukan sahaja. Apa pun, terima kasih doktor dan jururawat kerana beri kebenaran untuk aku lihat CVL waktu "dressing". 
 
Aku bukan nak ganggu atau tidak percaya dengan tugasan mereka, tetapi biarlah aku lihat dengan mata kepala aku sendiri supaya aku lebih percaya. Hihihi. Anyway, THANK YOU!
 
 

1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semoga adik bahagia sentiasa.. saya ni semenjak tahu nak jadi ayah, sensitif betul kalau keluar cerita budak2 kat fb ke atau kawan2 blog share pasal anak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post