SAYA ADA 3 ANAK LELAKI

Sekejap masa, sudah Februari pun. Along Izz pun sudah darjah 2, angah Izz pula di Tabika Kemas manakala adik Izz? Emmm, sudah 136 hari dia di wad. Alahai, sedar tidak sedar je masa berlalu.

'Mudahnya" menjaga tiga anak lelaki
mama Izz dan buah hatinya along Izz, angah Izz dan adik Izz.

 Along Izz Alhamdulillah sudah tidak banyak masalah. Aku pun tidak perlu lagi datang menjengahnya tengahari. Dia sudah pandai bawa diri. Sudah pandai salin sendiri pakaian KAFA nya. Sudah pandai berbelanja sendiri. 

Angah Izz pula kurang aku risaukan sebabnya tamat waktu Tabika Kemas, pengasuhnya yang akan menjemputnya. Petang hari aku cuma perlu ke rumah pengasuh untuk mengambilnya. 

Adik Izz? Aku cuma datang melihatnya tengahari sahaja. Petang aku tak singgah sebabnya nanti kesian pula dengan along Izz dan angah Izz yang seharian sudah bersekolah bila diorang lambat sampai ke rumah. Kurang waktu rehat mereka nanti. 

Apa pun, syukur ketiga-tiga anak aku dalam keadaan yang baik. In Shaa Allah, akan sampai masanya untuk mereka berkumpul bersama nanti. Aamiin...

 

3 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. alahai sukanya tgk pic ni

    ReplyDelete
  2. amin..ceria2 semuanya alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. comel,,..tembam adik izz..kejap nya masa berlalu...pertama kali masuk blog ni adik izz baby lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post