Sesetengah CVL boleh diperbaiki tanpa perlu diganti. Sesetengah CVL pula perlu dikeluarkan dan diganti. Macam serius je kan? Iya, memang serius. Pada adik Izz yang merupakan pesakit "Short Bowel" yang bergantung kepada TPN (Nutrisi Parenteral) jangka panjang, CVL adalah yang terpenting.
Baru-baru ini semasa aku dan mama Izz buat demo "dressing" CVL dan TPN di hadapan doktor, TPN Pharmacist serta jururawat, aku perasan ada "sesuatu" pada CVL adik Izz. Selama beberapa tahun adik Izz dengan CVL, aku tak pernah lihat pun. CVL adik Izz seakan "ruptured". Patutlah nampak lain macam pada CVL, rupanya dibalut dengan Tegaderm di situ.
adik Izz direhatkan CVL dan TPN nya. Jadi, perlu IV line. |
Bila ada sesuatu yang libat CVL, perkara pertama terlintas adalah, "adik Izz perlu jalani pembedahan untuk gantikan CVL yang baru". Aku risau. Dengan keadaan adik Izz yang demam, ditambah pula ujian darah menunjukkan adanya 'infection', lagilah menambah risau aku.
Semalam ada doktor beritahu yang CVL boleh diperbaiki tanpa perlu diganti. Rasa macam lega dan kemudian rasa tertanya-tanya. Betulkah CVL boleh diperbaiki? Sebabnya aku tidak pernah dengar. Takpalah, aku menurut saja. Doktor pasti tahu apa yang terbaik buat adik Izz, In Shaa Allah. Jika CVL adik Izz boleh di'repair', Alhamdulillah. Jika tidak boleh di'repair', apa aku mampu buat kan?
Nanti aku 'update' lagi. Buat masa sekarang, CVL adik Izz direhatkan. Rehat CVL maknanya TPN pun berehat sama.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!