Bila anak sakit, mak ayah tentunya orang yang paling risau. Ok, salah tu. Mak yang paling risau sebenarnya sebabnya nampak jelas kerisauannya berbanding dengan bapa yang masih nampak steady and cool. Untuk yang kali 12 adik Izz warded, hampir 181 hari dia ditahan di wad. Apa yang kami semua tunggu-tunggukan adalah adik Izz boleh discharge.
Tahu tak? Hari ini adik Izz dibenarkan discharge? Seronoknya rasa tu hanya Allah yang tahu. Selama 6 bulan sepanjang di wad ini, pelbagai yang telah adik Izz lalui. 6 kali pembedahan dengan 10 kali dia dimasukkan ke dewan bedah. Memang benar-benar menguji kekuatan kami sebagai ibu-bapa.
Dalam seronoknya adik Izz hendak discharge, ada sesuatu pula yang terjadi. Tapi tak perlulah aku nak ceritakan. Ia hanya merencatkan kegembiraan menyambut kepulangan adik Izz. Nanti aku akan cuba selesaikan permasalahan ini secara bersemuka.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!