SEMUANYA KENA MULA SEMULA

Mula semula Home TPN program. Mula semula rutin ambil stok TPN. Mula semula "dressing" TPN. Mula semula "dressing" CVL. Banyak yang kena mulakan semula. Sebab apa? Sebabnya adik Izz sudah discaj dari wad. Sampai hari ini, sudah 3 malam adik Izz di rumah. Alhamdulillah, keadaannya baik-baik sahaja. 

Home Total Parenteral Nutrition
Sejak sampai di rumah, tak lekang senyuman di wajahnya.

Walaupun 6 bulan adik Izz ditahan di wad, dia tetap tidak melupakan rumah. Selalu tanya padanya semasa di wad, "adik nak balik rumah?". "Nakkk", jawabnya. "Adik nak naik kereta?". "Nakkk", jawabnya. 

Paling seronok bila anak sudah balik ke rumah tentunya suasana bila aku, mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz berkumpul satu keluarga. Allahuakbar, lamanya rindukan saat ini. Menonton tv bersama, makan bersama dan melihat anak-anak bermain bersama. 

Alhamdulillah.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post