AKU TAK MAKAN JERUK MAMAN

Aku tak makan Jeruk Maman. Mama Izz lain lah, dia 'versatile' orangnya. Kalau bab makan, dia makan apa yang aku makan. Mostly lah! Tapi .. aku pula, mostly tak makan apa yang mama Izz makan. Banyak yang mama Izz makan, bukan taste aku. Hihihi.

Hari Jumaat yang lepas, mama Izz balik. TQ opah Izz tolong ganti jaga adik Izz di wad. Jika balik pada hari Jumaat, macam biasalah .. Pastinya mama Izz ingin ke Pasar Malam Putrajaya. Selalunya, mama Izz yang akan beli apa yang ingin dia masak pada malamnya. Aku? Cuma tolong angkat barang sahaja. Along Izz dan angah Izz? Belikan sahaja apa yang mereka mahu, nescaya mereka akan diam dan follow sahaja kami.

Selesai. Sampai di kereta, semasa letakkan barang-barang ke dalam but kereta, aku ternampak sesuatu dalam bungkusan. Ingatkan "Laici Kang", rupanya bukan. Aku snap, dan post melalui Instagram dan Facebook. Korang tahu ke itu apa?

Jeruk maman dianggap juadah unik
Sekali imbas macam laici kang, kan?

Aku tak makan Jeruk Maman. Sukar dipercayai, ramai yang tahu apa yang mama Izz beli rupanya. Dah macam aku sorang sahaja yang tidak tahu. Dan tahu tidak? Selain jeruk, rupanya Maman ini boleh dimasak lemak. Macam-macamlah lagi. Itupun sebab aku baca komen rakan-rakan. 

Inilah yang dikatakan sebagai pokok maman.
Pokok Maman. Macam pernah nampak di laman rumah. 

Yang aku lihat dengan mata sendiri, mama Izz cuma letak Jeruk Maman ke dalam piring dan dia letakkan ikan bilis tumbuk di atasnya. Dan dia, ngap .. ngap .. ngap .. Aku? Tengok sahaja, sebab aku tak makan Jeruk Maman. Anak-anak? Emmm, "like father like sons" lah. Hahaha.

Apapun, aku tak makan Jeruk Maman!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم