BUAT ADAM, "ADA TELUR TAK SEMESTINYA NAK BERTELUR". INGAT TU!

Bila anak-anak berkumpul bersama-sama sepupu-sepupu mereka yang lain, macam-macam hal melucukan berlaku. Kebetulan balik kampung kali ini, semua adik beradik aku balik. Jadinya, berkumpul lah kesemua 12 cucu nenek Izz! Oh, pembetulan...kurang seorang cucu kerana adik Izz (cucu nenek Izz no.7) TIADA. Faham-faham lah kenapa ye. Hehehe...

Banyak yang best. Tapi, bila aku teringat kata-kata Adam, aku boleh tergelak sorang-sorang. Hahaha. Ceritanya begini...amboi, macamlah lucu sangat, kan?

Jiran depan rumah nenek Izz ada membela kambing. Seekor rasanya sebabnya aku cuma nampak seekor sahaja yang ditambat pada tiang. Kebetulan aku minta bantuan along Izz (cucu nenek Izz no.3), angah Izz (cucu nenek Izz no.5), Alya (cucu nenek Izz no.1)Adam (cucu nenek Izz no.2) dan Emran (cucu nenek Izz no.6) untuk tolong aku angkat pinggan mangkuk, periuk belanga, gelas, dapur, tungku, periuk nasi dan macam-macam lah lagi untuk tujuan kenduri.

Kambing jantan itu ada telur.
Macam artis. Semua nak pegang dan bergambar dengan En. Kambing! Mana ADAM?

Bila mereka nampak kambing, terus tujuan utama mereka hendak bantu aku DILUPAI. Adeh! Berkerumun mereka melihat kambing lebih dekat. Teruja? Emmm, "jakun" lebih tepat kot? Hahaha... Maklum lah "anak-anak bandar" ni tak pernah jumpa kambing hidup "live". Kalau jumpa pun, kambing yang dah di"golek-panggang".

Sedang mereka pegang-pegang melayan kambing, along Izz cakap "tengok tu, tengok tu...kambing ni ada telur lah". Dan disahut Adam, "memang lah kambing ada telur. Dia kan nak bertelur". Kahkahkah...gelak aku kejap tu. Jiran aku pun sama tertawa. Konfiden dia jawab! 

Teruja sangat dapat bertemu En. Kambing
Dalam pada-pada berani itu, ada juga takutnya. (lelaki berbaju merah itulah, ADAM)

Dah lah. Malas aku nk gelak. Nanti aku cerita "apa yang melucukan" semasa mereka berkelah pula bersama ye. Oh ya, sebelum tu. Yang bestnya, takde sapa pun betulkan statement "kambing nak bertelur" itu. Chaooow!


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم