Sudah sebulan lebih nampaknya adik Izz di wad sejak admitted to ward 5 April yang lalu. Bila anak masuk wad, mendengar yang anak sudah semakin sembuh memang dinantikan tetapi apa yang paling dinanti-nantikan adalah bila doktor kata, "Izz boleh discharge".
Dan kelmarin itulah yang diberitahu. Gembira dan bersyukurnya dengar berita itu, hanya Tuhan yang tahu. Memikirkan adik Izz akan pulang ke rumah dan meneruskan Program Home TPN nya, pastinya perkara penting yang perlu dilakukan adalah mengemas "Bilik Rawatan/ Bilik Khas" adik Izz.
Setiap yang berlaku, ada hikmahNYA yang kita tidak tahu. Semalam, sampel 'nostril' mama Izz menunjukkannya positif kuman. Dan discharge adik Izz perlu ditangguhkan beberapa hari kerana mama Izz perlu diberi ubat nostril. Sehingga mama Izz sembuh dan bebas kuman, barulah In Shaa Allah adik Izz akan dibenarkan balik.
Sabar dulu ye, nak! In Shaa Allah, nanti boleh balik ye! |
Tidak mengapalah. Yang penting biarlah mama Izz sembuh dahulu. Mungkin adik Izz hendak pulang lama kali ini, siapa tahu kan? Mudah-mudahan mama Izz dan adik Izz terus dilindungiNYA dan diberikan kesembuhan olehNYA.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!