MENGAPA MULAKAN TPN DI RUMAH (HOME TPN)?

TPN di rumah .. Pada adik Izz, TPN jangka panjang diperlukan untuk mengekalkan status nutrisi kerana pemakanan secara oral tidak dapat menyediakan keperluan protein-energi yang cukup, kerana adik Izz hidapi masalah berkaitan fungsi penghadaman iaitu "usus pendek". 


TPN di rumah (Home TPN)

Apabila adik Izz tidak perlu dimasukkan ke hospital tetapi perlu bergantung kepada TPN jangka panjang, TPN di rumah (Home TPN) adalah alternatif berpanjangan bagi menggantikan kemasukan ke hospital. 

Walaupun TPN di rumah (Home TPN) masih baru, ia sebenarnya adalah pilihan yang terbaik terutamanya untuk meningkatkan kualiti hidup adik Izz dan keluarga dalam mengekang penyakit ini. Iyalah, adik Izz perlukan TPN jangka panjang, takkanlah hendak tinggal di hospital selamanya?


Permudahkanlah urusan kami ini

Aku rasa, TPN di rumah (Home TPN) ini perlu diperluaskan. Melalui apa yang aku lihat sepanjang adik Izz di hospital, ramai sebenarnya kanak-kanak yang hidapi masalah berkaitan usus dan memerlukan TPN.

TPN = Total Parenteral Nutrition / Nutrisi Parenteral.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم