MINGGU PEPERIKSAAN BUAT ALONG IZZ

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016. Along Izz, pelajar Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS), Kuala Lumpur kini sedang mengharungi minggu peperiksaan pertengahan tahun 2016

Pelajar Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah
Seorang anak yang ceria

Sudah hari ketiga dah pun dan esok hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun 2016 dan .. esok juga merupakan hari pertama peperiksaan pertengahan tahun 2016 bagi Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pula. 

Fuh, ingatkan dah boleh lah berehat kan? Memandangkan along Izz sedang mengharungi minggu-minggu peperiksaan pertengahan tahun 2016, jadinya aku had kan masa untuknya bermain dan lebihkan masa buatnya mengulangkaji pelajaran dan berehat. 

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Seawal jam 10pm lagi aku akan suruhnya tidur. Iyalah, pagi-pagi lagi jam 5.45am dia perlu bangun bersiap-siap untuk ke sekolah. Nanti mulalah mengantuk tidak cukup tidur. Petang pula, sebolehnya aku cuba untuk sampai seawal mungkin di rumah. Habis-habis cuba pun, dalam jam 6.45pm jugalah sampai. 

Al-maklumlah, perjalanan Kuala Lumpur - Putrajaya sering saja sesak di Jalan Istana ke Desa Petaling tu. Bila dah masuk Mex Highway barulah terasa lega.

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 KAFA

Jam 7.40pm pula, perlu ke kelas mengaji. Selepas Isyak, makan malam. Selepas itu, ulangkaji pelajaran then tidur. Itulah rutin minggu peperiksaan pertengahan tahun 2016. Tak lama, dua minggu sahaja. Nanti sudah mula cuti sekolah, bolehlah main-main semula ye. 

Semoga Berjaya!


6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Beb..along darjah berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, abam weh! Jika anda baca intro, ada tertulis "Pelajar Tahun 2....".

      Kahkahkah... Lama menghilang? Mana pergi?

      Delete
  2. UIhh.. awal giler bangun pagi... gud luck along izz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat lagu mana.. Tinggal di Putrajaya, bekerja dan bersekolah di Kuala Lumpur. Huhuhu! Cuba Gerak 6.45am, sudahnya sampai ke sekolah jam 8.30am. hahaha

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post