DOA UNTUK ANAK

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang. 
  
Doa itu adalah : 


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Ya Muhammad Izzsyraq Azraq

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 
  
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah aku, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari kita tengok mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita?
  
Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan? Kalau boleh cuba mengucapkannya penuh kepada anak kita. 

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH"

Mari kita tengok maknanya.   

1- ASSALAM : SEJAHTERA
  
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 
  
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH
  
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 
  
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
  
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.   

Waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. 

Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak. 
  
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. 
  
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. 
  
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga In Shaa Allah. 
  
Petikan hadis : 
  
Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala” 

–Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. 
_Kredit blog Team Analisis Hadith Psikologi.

Wallahua'alam.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم