SARUNG TANGAN TINJU

Adik Izz, usianya 3 tahun, sedang lasak. Dalam fikirannya, main sahaja. Biasalah budak-budak. Hendak jaga anak istimewa ini, perlukan kesabaran, tambah-tambah jika dia mempunyai tiub. Iya, tiub CVL (Central Venous Line). Aku panggil “tiub makan".

Hendak jaga, bukan sekadar cuci (dressing) tapi perlu jaga daripada tercabut atau dicabut. Tak susah, perhatikan saja adik Izz 24 jam. Larat?

Sebelum ini, aku kurangkan ruang atau peluang untuk adik Izz sentuh dan cabut tiubnya dengan cara ikat getah pada belakang leher baju. Masih diteruskan kaedah itu. Dan, buat masa sekarang nampaknya bolehlah kurangkan aktiviti adik Izz menyentuh bahagian dadanya.

Kita ni manusia, kadang-kadang terleka. Takut terlepas pandang, aku tambah kaedah baru. Kaedah apa? Bila adik Izz tidur, aku akan sarungkan tangannya dengan Sarung Tangan Tinju Kanak-Kanak. Sarung tangan ini tebal, jadinya adik Izz tidak boleh langsung menggenggam atau menarik tiubnya.



Kasihan? Memanglah kasihan, tapi aku terpaksa juga buat begitu. Untuknya dan untuk kami sekeluarga. Buat masa sekarang, Alhamdulillah dia tidak menunjukkan ketidakselesaan. Kiranya, dia bolehlah menerimanya.



Misi? Kekalkan CVL yang ada selama yang boleh. Mudah-mudahan.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post