Hanya 10 hari. Itulah jangka hayat Central Venous Line (CVL) ke-13 adik Izz. Macam mimpi rasanya. Memang terasa sangat yang adik Izz baru sahaja jalani “New CVL insertion". Diri ini pula, terasa sangat bersalah. Apapun, ianya telah terjadi dan adik Izz pun sudah berada di wad untuk incoming “New CVL insertion". Aduhai.
Begini kisahnya. Malam Deepavali baru-baru ini, adik Izz lewat tidurnya. Jadinya, aku dan mama Izz pun turut samalah lewat tidurnya. Along Izz dan angah Izz, awal lagi diorang sudah `hanyut'.
Aku tidur diluar bersama-sama anak aku 2 orang, manakala mama Izz dengan adik Izz di dalam bilik khas “Home TPN". Rasa macam sekejap je aku tidur bilamana sekitar jam 6:00am, aku dikejutkan dengan jeritan mama Izz “abanggggg, adik cabut CVL!". Bergegas aku bangun, dan aku lihat “emmmmm...". CVL dah bukan didada adik Izz. Allah.
Apa nak buat? Mama Izz sudah nangis tak henti. Tak apalah, pergi kemas pakaian dan barang-barang, kita pergi ke wad. Itulah. 10 hari je hayat CVL baru adik Izz. Terkilan betul rasanya.
CVL ke-14? CONFIRM. Semoga dipermudahkanNYA.

إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!