Hypafix. Satu-satunya barang yang susah aku nak dapatkan. Tak kiralah size 5x5, 10x5 ataupun 10x10, memang susah. 10 farmasi, mungkin 1 atau 2 yang menjualnya. Entah kenapa? Entahlah. Habis satu Putrajaya aku dah ronda, memang tiada. Kalau plaster jenama lain, memang banyak dan mudah untuk mendapatkannya.
Ada sebab adik Izz kena pakai plaster jenis Hypafix ini. Buat masa sekarang, hanya plaster jenis Hypafix sahaja yang sesuai dengan kulit adik Izz. Jenama lain, pasti akan kemerahan kulitnya tanda alergik.
Sebelum ini, stok Hypafix adik Izz aku dapatkan daripada Alpha Pharmacy Bandar Baru Bangi. Tiap-tiap bulan aku ke sana. Alhamdulillah, stok tak putus disana, cuma limited. Habis, habislah. Nak order, lambat.
Sekarang, aku dah jumpa 1 farmasi yang baru dibuka yang ada menjual Hypafix. Farmasi Eureka Presint 8, Putrajaya bersebelahan dengan Salam Noodle. Jimat sudah masa, tenaga dan wang ringgit disitu. Tak perlu lagi aku merantau jauh ke Bandar Baru Bangi. Aku harap, stok Hypafix tak putus di Farmasi Eureka ni.
Terima kasih Farmasi Eureka.

Farmasi ni lokasinya yg kat sebelah RHB tu ye?
ردحذفBukan. Yang sebelah RHB tu farmasi Guardian. Itu Presint 8 yang ada pasar awam tu. Eureka ni yang dekat Presint 8 opposite Shell. Sebelah sekolah dekat traffik light nak ke Ayer8 tu.
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!