MERAWAT CHICKEN POX CARA TRADISIONAL

Adik Izz kena Chicken Pox. Mulanya aku khuatir juga kalau-kalau adik Izz terkena penyakit Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) tu. Alhamdulillah, bukan. Along Izz dan angah Izz masing-masing dah kena masa umur mereka 3-4 tahun. Kali ni, turn adik Izz pula.

Bila kena Chicken Pox, perkara mula-mula sekali yang dilakukan pastinya beri minum air kelapa. Sebab apa? Sebabnya hendak keluarkan semua Chicken Pox berkenaan. Ini petua tau, In fact aku dulu masa kena Form 5 dulu pun makcik aku beri aku minum air kelapa. Tapi aku tidak pasti air kelapa jenis apa. Semua jenis boleh kot? Aku beli kelapa biji kat kedai mamak je.



Kedua, mesti kena cari daun Semambu. Aku panggil daun Bambu je. Syukur, masa aku bawa adik Izz ke Klinik Kesihatan Putrajaya tu, kebetulan ada pokok Semambu. Senang kerja aku. Yang susahnya, aku kena panjat kerana pokoknya tinggi.



Apa guna daun Semambu ni? Opah Izz tinggal bersama aku, jadinya opah Izz lebih arif lah berkenaan petua mengubati Chicken Pox. Apa yang aku lihat, beberapa tangkai daun Semambu akan digantung di semua pintu keluar masuk rumah termasuklah pintu utama, pintu-pintu bilik, pintu beranda, pintu dapur. Pintu toilet, opah Izz tak pesan pula.

Itu baru gantung, ada lagi kegunaannya. Daun Semambu akan diletakkan dibawah cadar tidur adik Izz. Rasanya sampai sembuh Chicken Pox adik Izz. Setiap hari tukar cadar dan daun Semambu sentiasa ditambah dibawah cadar tilamnya.

Bila boleh mandikan adik Izz dengan air daun Semambu? Bila Chicken Pox dah sampai tapak kaki, waktu itulah adik Izz akan dimandikan dengan air rendaman daun Semambu. Ikutlah, nak rebus dulu dan tapis airnya ataupun carik-carikkan dan rendam, dan mandikan terus dengan daun-daun Semambu tu.

Ada lagi gunanya daun Semambu ni. Last... Yup, ini last sekali. Bila Chicken Pox dah hampir sembuh, kisar daun Semambu dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan atas parut-parut Chicken Pox. Dengarnya, ini untuk jadikan kulit tidak berparut.



Ada lah juga guna ubat klinik. Sekarang tengah baru, mama Izz lumurkan badan adik Izz dengan Calamine Lotion dicampur dengan bedak sejuk. Sebenanrnya, banyak sangat petua berkaitan Chicken Pox ni. Antara yang biasa kita dengar, jangan mandi (adik Izz tetap mandi seperti biasa), jangan makan kicap (adik Izz memang tak makan kicap), jangan menggoreng (tetap juga menggoreng, tapi adik Izz dibawa masuk ke dalam bilik dahulu, jangan terkena hujan (adik Izz memang jarang keluar), jangan makan yang gatal-gatal (adik Izz memang susah nak makan), jangan berkongsi pakaian dan towel (masing-masing ada towel dan pakaian sendiri), dan macam-macam lah lagi. Sekarang untung, sabun daun Semambu pun dah ada. Beli je di farmasi.

Apapun cara tradisional dan petua merawat chicken pox ni, tak salah kita cuba kan? Inshaa Allah, Chicken Pox akan sembuh.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post