INI BUKAN FILEM UPIN IPIN, INI “PENAMPILAN KHAS UPIN IPIN".

Ramai yang mengatakan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng itu best, tak kurang juga ada yang mengatakan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng itu tidak best. Apa pula kata aku dan anak-anak mengenai filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini?

Selepas 3 hari tayangan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam, barulah aku berpeluang untuk bawa along Izz dan angah Izz. Anak-anak beriya sangat hendak menontonnya. Hari-hari tanya, “papa, bila kita nak tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng?".


Betullah. Ini bukan filem Upin Ipin, tapi ini filem Aqish & Geng dengan penampilan khas Upin dan Ipin. Along Izz 8 tahun, dan angah Izz 5 tahun, beberapa minit awal sudah tanya “papa, mana Upin Ipin?". “Ermmm, entah. Tunggu je lah. Nanti keluar lah tu", aku kata.

Lama juga, barulah Upin Ipin keluar. Seronoklah mereka. Diam sekejap. Then Upin Ipin hilang, tanya lagi “papa, mana Upin Ipin?". Macam tu lah beberapa kali. Bila Upin Ipin muncul, anak-anak enjoy. Bila Upin Ipin hilang je, aku terus buat-buat tidur. Aqish secara bersendirian, tak dapat tarik minat anak-anak aku, aku pun sama.


Tapi aku ingat, ada satu babak yang berjaya buatkan aku tergelak. Babak dimana bila Bo (Remy Ishak) disuruh Awie (Awie) untuk angkat telefon. Bo tak mahu kerana dia perlu menjawab pertanyaan tentang “betul ke Upin Ipin sebenar akan muncul?" (Begitulah lebih kurang!).

Kemuncak yang betul-betul buatkan anak-anak aku sangat seronok dan terus berdiri, semasa Awie nyanyi lagu “Jeng Jeng Jeng". Mereka pun turut sama-sama menyanyi. Kanak-kanak lain dalam Hall 1 GSC Alamanda pun sama turut menyanyi. Itu sajalah kot yang buatkan anak-anak aku lupa yang ini bukan filem Upin Ipin.

Tak payahlah aku rate dengan bintang, aku pun bukanlah pandai nak review ni. Ini apa yang aku dan anak-anak aku alami je. Lain orang, lain citarasanya. Aku tahu, bukan mudah nak gabungkan realiti dan animasi. Mungkin boleh buat lagi akan datang filem sebegini, cuma jika tajuk filem itu Upin Ipin, biarlah manusia yang jadi “penampilan khas"nya bukan Upin Ipin.

Apapun, aku dan anak-anak tak sabar untuk tonton Upin Ipin the Movie. Lihat pada preview tadi, best! Semoga animasi Malaysia terus sukses. Inshaa Allah.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post