KERANA SAKIT KAKI, KE HULU KE HILIR DIBUATNYA.

Bila sakit kaki, sapu sahaja minyak angin, urutkan, jalani fisio ataupun tuamkan dengan ais batu, Inshaa Allah akan beransur sembuh. Itu yang adik Izz alami setahun yang lalu. Dia masih mampu berdiri waktu itu walaupun terpaksa berdiri sebelah kaki.

Berbeza dengan apa yang terjadi kali ini. Berdiri tidak mahu langsung, berjalan apatah lagi. Jika dia hendak kemana-mana, dia akan minta didukung. Jika sedang baring, dia akan minta diangkatkan untuk duduk. Untuk beralih posisi duduk pun dia akan minta bantuan. Kasihan.


Call dahulu doktor yang biasa merawat adik Izz di HKL, katanya boleh bawa ke klinik berhampiran dahulu. Aku pun bawanya ke Klinik Kesihatan Presint 9. Selepas jalani xray pada kedua kaki adik Izz, tiada yang ketara pada keputusan xray berkenaan yang menunjukkan kenapa adik Izz sakit pada kakinya.


Jadi, kes adik Izz di`refer' ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Disini ada Ortopedik yang akan memeriksa adik Izz. Diminta untuk jalani ujian xray lagi pada bahagian kaki adik Izz. Namun masih tidak dapat kenalpasti sebab “mengapa kaki adik Izz sakit, dan mengapa kaki kanannya tidak boleh diluruskan?".


Dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, kes adik Izz di`refer' pula ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur. Disini, ada “paeds ortopedik". Bawa semua dokumen rujukan, pun masih tak boleh nak agak apa sebabnya. Sebabnya, tiada yang menunjukkan perbezaan ketara pada keputusan ujian xray kaki kanan dan kiri adik Izz.


Akhirnya ... adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7), Institut Pediatrik HKL untuk pemeriksaan lanjut. Apapun, kena tunggu pemeriksaan lanjut dari Ortho. Dah di wad, aku legalah sikit. Sekurangnya, adik Izz dalam jagaan yang baik. Harap semuanya dipermudahkanNYA. Mudah-mudahan.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم