TAKUT DENGAR BILA NAK KENA X-RAY TULANG BELAKANG.

Tengah sedap melayan adik Izz, tiba-tiba nurse datang beritahu yang adik Izz perlu jalani Spine X-ray. “Hahhh! Spine? Tulang belakang?". Macam serius saja bunyinya tu. Tak apalah, turuti sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Spine X-ray" ni? Spine X-ray adalah ujian yang menggunakan sinaran untuk menggambarkan keadaan di dalam tulang dan organ-organ badan. Spine X-ray menyediakan imej terperinci tulang belakang, dan boleh diambil secara berasingan untuk tiga bahagian utama tulang belakang - serviks (leher), torasik (belakang tengah) dan lumbar (belakang).

Kenapa pula adik Izz perlu jalani Spine X-ray? Tujuannya untuk menilai kecederaan belakang atau leher, atau untuk membantu diagnosis dan rawatan belakang atau sakit leher.


Spine X-ray boleh membantu mengesan fractures, tumors, arthritis, disc problems, osteoporosis dan infection (jangkitan). Aku syak ini mesti ada kaitan dengan “Kenapa adik Izz sakit kaki?". Mana tak nya, 3 kali sudah jalani X-ray pada bahagian kaki serta pinggul, namun masih belum tahu PUNCA kesakitan adik Izz.

Sakitnya tak tahu lah aku nak gambarkan bagaimana, tapi adik Izz memang tak nak berdiri langsung. Bila didirikan, meraunglah dia “sakit...sakit! Pedih...pedih!". Aku harap, selepas X-ray tulanh belakang ni, dapatlah tahu punca. Mudah-mudahan.

Dan jangan risau, `secara umumnya, X-ray tulang belakang adalah selamat dan tidak mungkin untuk menghasilkan kesan sampingan'. (Apa yang aku pernah bacalah!).

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم