HOME TPN BUAT IBU BAPA BERKERJAYA

Alaaa, berapa kerat je pun yang kena buat Home TPN tu? Iya .. sekarang memang tidak ramai yang bawah program ni, masih baru dan belum meluas lagi. In fact, tak semua hospital ada program ni. Betul!

Bagi ibu bapa yang berkerja macam aku dan mama Izz, bila anak perlukan TPN (Nutrisi Parenteral) untuk jangkamasa panjang, yang terbaik adalah Home TPN. Takkanlah anak tu hendak diberi TPN di hospital sahaja? Contoh, adik Izz. Dia TPN dependent for life, dah tu...takkan nak duduk wad for life? Eh, memang tak lah.


Aku beruntung sebenarnya. Aku ada mak dan abah yang sanggup tinggalkan kampung halaman mereka untuk sama-sama menjaga adik Izz. Jadinya, baik aku ataupun mama Izz, salah seorang tidak perlu berhenti kerja. Belum mampu rasanya untuk berada di tahap itu.

Anak TPN ni perlukan perhatian lebih, perlukan jagaan lebih. Paling penting, jaga tiub CVL (Central Venous Line) adik Izz. Jadi, mak dan abah aku tolong kami untuk menjaga adik Izz sepanjang aku dan mama Izz berkerja.

Hal-hal berkaitan TPN, mereka tak perlu risau kerana itu tugas aku dan mama Izz. Dressing CVL, connect TPN, disconnect TPN dan sebagainya, semuanya aku dan mama Izz akan uruskan. Mak abah aku bantu kami tengok-tengokkan adik Izz bila kami tiada.


Jangkamasa infuse TPN adik Izz bila dia Home TPN biasanya 12 jam. Pulang kerja, aku dan mama Izz ambil alih tugas jaga adik Izz sampailah keesokan hari kami pergi berkerja semula. Jika TPN adik Izz lambat habis, mama Izz akan stay untuk urus hal disconnect TPN dengan mak. Lambatlah sedikit mama Izz ke pejabat.

Aku, nak taknak perlu keluar dahulu kerana aku perlu hantar along dan angah ke sekolah. Mujur perumahan aku ada bus stop memudahkan mama Izz untuk pergi kerja jika aku keluar awal.

Setakat ini, Alhamdulillah mak abah aku sihat untuk tolong kami menjaga adik Izz. Aku doakan mereka sentiasa sihat hendakNYA. Jika tiada mereka? Itu aku kena fikirkan bagaimana.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post