BETULKAH BOLEH AMBIL GAMBAR DI HOSPITAL?

Sepanjang anak aku menerima rawatan di hospital, ada beberapa kali jugalah aku ditegur baik oleh doktor mahupun jururawat mengenai larangan mengambil gambar pesakit (anak) di wad/ kawasan hospital. Dan aku terima teguran itu dengan hati yang terbuka.


Tapi ... KENAPA aku tidak boleh ambil gambar di hospital walaupun anak sendiri (pesakit)? Aku ada baca satu buku berkenaan isu ini (diulas seorang doktor). Apa kata doktor?

“Secara amnya, TIADA sebarang undang-undang di Malaysia yang melarang alat perakam virtual dan video digunapakai di hospital atau merakam gambar pesakit."

Hah! Jika tiada undang-undang yang melarang, KENAPA ada arahan larangan pengambilan gambar di kawasan hospital? Apa kata doktor?

“Arahan pengambilan gambar di kawasan hospital dikeluarkan bertujuan untuk menjaga hak, kerahsiaan dan maklumat tentang kesihatan pesakit sebagai pelanggan sewaktu berada dalam rawatan dan penjagaan pihak hospital."


PENTINGKAH arahan larangan pengambilan gambar pesakit? Apa kata doktor?

“Dengan arahan dan penguatkuasaan larangan pengambilan gambar pesakit di kawasan hospital, pihak pengurusan hospital dapat membebaskan tanggungjawab tidak langsung (vicarious liability) dari sudut undang-undang sekiranya didakwa di Mahkamah Malaysia dan mempertanggungjawabkan kesalahan tersebut sepenuhnya kepada individu (pelawat) yang mengambil dan merakam gambar pesakit."

Apa yang aku faham, bolehlah kan ambil gambar ni. Cuma, perlu berpada-pada. Gambar yang sensitif, elakkan. Gambar pesakit lain, elakkan. Gambar doktor dan jururawat, elakkan (kecuali diizinkan). Hehehe. Ingat lagi apa kata doktor pada aku, “saya tak boleh halang, tapi jika boleh `as general as can'. Bukan apa, kita tak tahu apa tanggapan orang."

Inshaa Allah.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Dekat hospital boleh..tapi dalam bilik operation, wad dan makmal lain simpanlah dulu kamera tu kalau nk selfie pun, jaga privacy org lain juga..semua yg datang tu sedih, sakit, demam, pendek kata mereka dtg sbb ada yg dlm kesusahan atau masalah kesihatan..apahal pulak nk ambil gambar...lain lah kalau reporter kan?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya klu kita ambk gmbar di kawansan tempat tunggu ubat blh ka tidak

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 29, 2023

    WHy my father (Larry ong) is pass away O 14 th June 2023,why can't take photo when he pass away on this day itself!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post