KEPULANGAN YANG DINANTI

Adik Izz DISCAJ. Alhamdulillah. Semua gembira bila dengar adik Izz discaj. Paling gembira tentunya mama Izz. Empat malam dia di wad menjaga adik Izz, bersahur sendirian. Tak apalah, demi kesembuhan seorang anak.

Sebenarnya, adik Izz masih batuk dan selsema. Aku rasa, adik Izz dibenarkan discaj kerana darahnya sudah “free" kuman. Sejak hari Ahad lagi sudah on Ethanol lock. Antibiotik pula, sejak hari Jumaat lagi diberi oral. Alhamdulillah, dipermudahkanNYA.


Perkara pertama bila adik Izz dengar dia boleh balik, dia sebut “kereta papa". Amboi, betul-betul tak sabar nak balik tu. Mama Izz pun sama tak sabar nak balik juga, perkara pertama bila dengar boleh discaj, dia terus telefon aku untuk datang segera.

Aku pun gembira dengar bila adik Izz boleh discaj. Syukur, warded kali ini sekejap saja (5 hari 4 malam). Mungkin kuman yang ada tak kuat berbanding MRSA, mungkinlah.


Apapun, semoga kepulangan adik Izz kali ini lama. Biarlah selamanya. Inshaa Allah. Bab TPN, adik Izz masih perlukan TPN setiap hari. Bab CVL yang dah cracked dan cuff terkeluar tu pula, semoga Allah sentiasa berikan perlindunganNYA. Aamiin.

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم